Malaysia Oversight

Anwar kutuk tindakan Israel sekat flotila ke Gaza

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 1 minute
Anwar kutuk tindakan Israel sekat flotila ke Gaza


Perdana Menteri Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel memintas misi kemanusiaan dibawa Flotilla Sumud Global ketika ia membawa orang awam yang tidak bersenjata ke Gaza.

Katanya Malaysia akan menggunakan semua kaedah yang sah dan mengikut undang-undang bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya berhubung warganegara Malaysia

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya pemintasan Israel terhadap Flotilla Sumud Global.

“Kapal-kapal ini membawa orang awam yang tidak bersenjata dan bekalan kemanusiaan bagi menyelamatkan nyawa penduduk Gaza, namun mereka disambut dengan intimidasi dan paksaan,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

juga berkata tindakan itu mencerminkan sikap Israel yang tidak menghiraukan bukan sahaja hak rakyat Palestin tetapi juga hati nurani global.

“Dengan menyekat misi kemanusiaan, Israel menunjukkan penghinaan sepenuhnya bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin tetapi juga terhadap hati nurani dunia.

“Flotilla itu melambangkan perpaduan, belas kasihan dan harapan bantuan bagi mereka yang berada di bawah sekatan.

“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah yang paling utama, dan kita tidak akan membenarkan mereka dikompromi dengan sewenang-wenangnya,” tambah .

Menurut Anwar lagi, selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin dinafikan, Malaysia tetap teguh bersama mereka.

“Kami tidak akan berputus asa menuntut ketidakadilan dan perampasan yang telah menimpa Palestin selama beberapa generasi ditamatkan,” katanya.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link