Malaysia Oversight

Pemimpin Bersatu nafi pernah tarik balik laporan polis ‘video Sandakan’

By MkiniBM in October 2, 2025 – Reading time 2 minute
Pemimpin Bersatu nafi pernah tarik balik laporan polis 'video Sandakan'


Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Shafiq Abdul Halim, menafikan dirinya pernah menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2019 berhubung “video Sandakan” yang didakwa melibatkan menteri kabinet ketika itu, Azmin Ali.

Dalam satu kenyataan, Shafiq mengesahkan laporan polis yang kembali tular adalah benar dan laporan itu dibuat berasaskan pendirian peribadi dan parti lamanya iaitu .

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa laporan tersebut telah ditarik balik. Saya juga menegaskan bahawa pada bila-bila masa sekalipun saya tidak pernah menarik balik laporan berkenaan, sama ada secara sukarela, dengan niat murni, mahupun akibat sebarang pengaruh, tekanan atau dorongan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda (AMK) Gombak, Abdul Haris Harahap, dan Timbalan Ketua AMK Wangsa Maju, Ammar Othman, mempersoalkan sama ada Shafiq menarik balik laporan polis berhubung video itu selepas menyertai Bersatu.

Mereka berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh, Shafiq – yang ketika itu masih ahli – merupakan individu pertama membuat laporan polis mengenai video tersebut.

Mereka turut meminta penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengenai status laporan polis dibuat Shafiq serta perkembangan siasatan kes itu.

b59c7932b82c4ff4c06ba134617f2e87

Alu-alukan siasatan semula

Mengulas lanjut, Shafiq berkata dia mengalu-alukan sebarang siasatan semula terhadap laporan berkenaan.

““Tujuan asal laporan ini dibuat bukanlah untuk menjejaskan mana-mana pihak, sebaliknya bagi mendapatkan kepastian serta penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan,” katanya.

Menurutnya keputusan siasatan terdahulu yang telah diumumkan menyatakan bahawa pihak polis mengesahkan video berkenaan adalah tulen serta tidak menunjukkan sebarang unsur suntingan.

“Namun wajah dua individu yang dirakam itu kelihatan kabur sehingga menyulitkan proses pengecaman identiti secara jelas.

“Sekiranya Polis Diraja Malaysia berpendapat bahawa perkembangan sains dan teknologi masa kini berupaya membantu mengenal pasti wajah yang sebelum ini kabur, saya secara terbuka mengalu-alukan agar siasatan tersebut diteruskan demi menegakkan kebenaran,” tambahnya.

047b1facd49492d895d50303ab34ac94

Pada Isnin lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, dalam satu sidang media berkata hubungannya dengan Azmin – yang kini Setiausaha Agung Bersatu – kekap “panas kejap sejuk” sejak tahun lalu, dipercayai berkait perkembangan baru siasatan terhadap skandal video seks 2019 yang mengaitkan bekas menteri kabinet itu.

Pada 2019, Azmin menafikan dakwaan yang disifatkannya sebagai “fitnah jahat” terhadap dirinya oleh Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku dalam video tersebut.

Wan Saiful turut membangkitkan dakwaan salah laku Azmin dan Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz.

Sidang media yang diadakan bersama beberapa pemimpin Bersatu itu diadakan untuk menjawab tuduhan bahawa terdapat usaha mendesak Yassin menyerahkan kepimpinan parti kepada timbalannya, Hamzah Zainudin.

Terdahulu hari ini, Azmin membalas tuduhan Wan Saiful dengan menuduhnya melakukan fitnah.

Azmin mendakwa Wan Saiful gagal bersandarkan fakta ketika membuat tuduhan itu, malah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu terperangkap dalam fitnah dengan mengungkit kembali dakwaan terhadapnya.



Source link