Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil sekurang-kurangnya 10 saksi bagi menyiasat pendedahan terbaru ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, berhubung skandal rasuah Sabah membabitkan pemimpin kerajaan.
Ketua pesuruhjayanya, Azam Baki, berkata siasatan berterusan dilakukan susulan pendedahan terbaru oleh Tei yang disiarkan sebuah portal berita.
“Yang baru dilaporkan tentang ahli politik itu, siasatan sedang dijalankan lagi.
“Tak silap saya dalam 10 orang saksi termasuk Datuk Seri Jeffrey Kitingan sendiri telah dipanggil.
“Yang lain-lain tu (termasuk) Albert saya tak pasti, mungkin belum lagi (dipanggil).
“Saksi-saksi lain kita akan teruskan (siasatan). Ada video-video baru yang dikeluarkan dalam satu portal dan kita akan melihatnya,” kata Azam.
Azam ditemui media selepas majlis sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 dan Pelancaran Keep Malaysia Clean di Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini.
[Laporan penuh menyusul]






