Malaysia Oversight

‘Tanya MCMC’ – kata Fahmi ketika diminta ulas penahanan Murray Hunter

By MkiniBM in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
'Tanya MCMC' - kata Fahmi ketika diminta ulas penahanan Murray Hunter


Isu mengenai penahanan pengulas politik, Murray Hunter di Thailand susulan kritikannya terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) baru-baru ini perlu diajukan terus kepada suruhanjaya itu, kata Menteri Komunikasi, Fadzil.

Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengesahkan dakwaan Hunter bahawa pihak berkuasa Thailand bertindak atas arahan MCMC dengan menahannya serta mendakwanya atas tuduhan fitnah berhubung beberapa artikel blog yang mengkritik pihak berkuasa Malaysia.

“Saya tiada maklumat (mengenai perkara itu), sila rujuk MCMC,” kata pada sidang media selepas mesyuarat pasca-Jemaah Menteri di ibu pejabat kementeriannya di hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa Hunter, seorang warga Australia, dibebaskan dengan jaminan semalam selepas ditahan pada 29 Sept lalu, dan kini menunggu perbicaraan pada 17 Nov, di mana dia mendakwa MCMC akan dipanggil sebagai pihak pendakwa.

a8fcdd5ca3dfe8e8f8a21d44d897e507

Berdasarkan dokumen rasmi mahkamah dan laporan polis, Hunter didakwa di bawah Seksyen 328 Kanun Jenayah Thailand atas kesalahan fitnah, di mana empat artikelnya yang disiarkan di platform penulisan Substack dipetik sebagai bahan fitnah.

Dokumen tersebut turut menyertakan pautan ke tulisan Hunter di Substack, di mana dia mengkritik MCMC, polis Malaysia, serta pemimpin kerana didakwa mempermainkan Perlembagaan demi kepentingan sendiri dan mengabaikan kepentingan awam.

Hunter, yang juga seorang penyelidik akademik, menafikan tuduhan itu dan menyifatkan kandungannya tidak wajar dianggap sebagai kesalahan jenayah yang menyebabkan mangsa menanggung kerosakan reputasi, penghinaan, dan/atau kebencian.

5162e7506faeedcf88aebff14e78a3db

Laporan polis terhadap Hunter

Pada April tahun lalu, MCMC membuat laporan polis terhadap Hunter berhubung tulisan blognya yang dianggap berunsur fitnah kerana mendakwa suruhanjaya itu serta polis dipengaruhi secara politik oleh pada masa ini.

Lawyers for Liberty ketika itu mengkritik tindakan tersebut sebagai mengekang kritikan dan kebebasan bersuara, serta menyifatkannya “tidak adil” apabila sebuah badan awam utama seperti MCMC membuat aduan polis terhadap orang awam.

Pada waktu itu juga, mempertahankan tindakan MCMC membuat laporan polis terhadap Hunter, dengan menyatakan dia tidak melihat suruhanjaya itu “bertindak berlebihan” kerana mempunyai asas perundangan untuk berbuat demikian.

Dalam perkembangan berasingan, Fahmi berkata dia akan merujuk kepada laporan Kementerian Kewangan mengenai aduan penduduk di beberapa kawasan yang berdepan kelewatan penjualan petrol RON95.

da05f331e04ab7d7de3020464f5221c7

Fahmi menjelaskan, Kementerian Kewangan dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai skim subsidi petrol itu hari ini. Walaupun perkara tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pagi tadi, Fahmi berkata isu itu akan dirujuk kepada agensi berkaitan.

“Saya ada membaca laporan media (berhubung masalah ini)… memandangkan ia melibatkan isu bekalan RON95, kami juga akan susuli dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,” katanya.

Sebelum ini, semakan Malaysiakini mendapati penjualan petrol bersubsidi itu ditangguhkan di kawasan Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, ketika kebanyakan rakyat Malaysia sudah mula menikmati subsidi bersasar untuk bahan api itu melalui skim Budi95.

Kuala Tahan merupakan antara kawasan luar bandar yang tidak mempunyai stesen minyak, sebaliknya petrol dijual di kedai runcit.



Source link