Malaysia Oversight

‘Sabah untuk orang Sabah’ – Kitingan cabar Putrajaya, GRS

By MkiniBM in October 1, 2025 – Reading time 8 minute
'Sabah untuk orang Sabah' - Kitingan cabar Putrajaya, GRS


WAWANCARA | Berpuluh tahun dilabel ‘raja katak’ politik Sabah – pemimpin yang sering melompat parti – Jeffrey Kitingan sekali lagi menjadi tumpuan. Di Kuala Lumpur, pemimpin persekutuan sejak sekian lama melabelnya dengan pelbagai gelaran daripada pengkhianat hingga oportunis.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Ibrahim pula menyindir secara tidak langsung tentang “berbilion ringgit yang dicuri” dan “pemimpin korup” hanya sehari selepas ahli perniagaan Albert Tei menyiarkan video yang mendakwa Jeffrey menerima RM1.78 juta.

Namun, timbalan ketua menteri berusia 75 tahun itu tampak tidak gentar. Sebaliknya, dia terus memperkukuh gerakan politiknya.

Kitingan pada Hari Malaysia 16 Sept lalu melancarkan gerakan Keadilan untuk Sabah (Justice for Sabah) di Batu Sumpah, Keningau yang membawa aspirasi enam dekad janji dimungkiri dan pengabaian oleh , serta menandakan pendiriannya agar hanya parti tempatan memerintah negeri itu.

94804f60209f61fad3765619e84fe09a

Kemunculan gerakan ini berpotensi menggoncang Gabungan Rakyat Sabah (GRS), gabungan yang turut dibentuknya, dengan Jeffrey memberi isyarat akan keluar daripada GRS jika gabungan itu memberi terlalu banyak ruang kepada PH.

Dalam wawancara ini, dia menjelaskan pendiriannya meskipun mengundang tekanan penuh yang didakwanya menggunakan isu rasuah untuk memaksanya tunduk.

Soalan: Kenapa perlu lancar Justice for Sabah? Apa inti perjuangan ini?

Jeffrey: Malaysia dibentuk 62 tahun lalu (1963). Sehingga kini, Perjanjian Malaysia belum ditunaikan. Bukan itu sahaja, banyak hak kami juga telah dicabuli.

Selama bertahun-tahun, kami dilayan secara tidak adil. Contohnya hak perlembagaan mengenai hasil negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak pernah dipenuhi.

Jadi, ke mana wang itu selama ini? Keadaan itu menjadikan kami terlalu bergantung kepada persekutuan untuk kewangan dan pembangunan.

Hasilnya, kami kekal mundur, kekal miskin. Pada saya, itu satu ketidakadilan. Bukan itu sahaja, mereka juga secara tidak berperlembagaan mengambil sumber asli kami – minyak dan gas.

Adilkah hanya beri kami 5 peratus? Adilkah bila berlaku nahas pesawat (Double Six 1976), seminggu selepas itu mereka datang semula dan minta ketua menteri baru menandatangani perjanjian?

Adilkah minta mereka tandatangan dan arahkan negeri jangan kutip royalti?

Adilkah negeri tidak diberi walaupun 5 peratus? Adilkah hak perlembagaan dan sumber asli kami dilanggar? Sudah tentu tidak adil.

Adilkah mereka campur tangan dalam politik kami? Bagaimana boleh arah polis tutup pintu Istana (Yang di-Pertua Negeri Sabah) untuk menghalang pemenang daripada mengangkat sumpah? Perkara ini berlaku bukan sekali, bukan dua kali, tetapi beberapa kali.

Adilkah persekutuan datang ke sini, ketepikan perlembagaan kami, kemudian laksanakan sistem giliran ketua menteri? (Sistem giliran ketua menteri dari 1994 hingga 2004). Sudah tentu itu tidak adil.

Adilkah kerajaan persekutuan cuba ubah demografi (kaum) kami dengan memberi kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin tanpa ikut perlembagaan, memberi mereka hak mengundi? Adakah itu adil? (Jeffrey merujuk kontroversi Projek IC).

Jadi, adakah kita mahu biarkan ini berterusan? Adakah kita rela dilayan begini? Bagi saya, cukup sudah bah. Sabah mesti bangkit, mesti melawan dan mesti berkata cukup sudah. Kita mahu keadilan untuk Sabah.

(Nota: Gerakan Justice for Sabah terbentuk daripada gerakan “Sabah untuk orang Sabah”).

Soalan: Pelancaran pada Hari Malaysia di Batu Sumpah, Keningau. Mengapa simbolik?

Jeffrey: Itu pelancaran awal. Kami pilih 16 September di Batu Sumpah (Keningau) kerana ia simbolik kepada Hari Malaysia.

Ia hari pembentukan Malaysia. Batu Sumpah mewakili beberapa hak asas, sebab itu ia simbolik sebagai Hari Justice for Sabah, kerana ia jatuh pada Hari Malaysia.

Adakah Malaysia benar-benar terlaksana atau tidak? Batu Sumpah lambang rakyat kami bersumpah menyokong Malaysia, dengan syarat hak Sabah dipatuhi sebagaimana yang dilambangkan oleh batu sumpah itu.

Itulah sebabnya kami pilih tajuk tersebut (Justice for Sabah).

Soalan: Pengkritik kata anda mencabar kerajaan persekutuan. Gerakan ini anti-persekutuan?

Jeffrey: Tidak. Kalau kita ada sikap begitu, kita sebenarnya membenarkan kerajaan persekutuan meneruskan ketidakadilan kerana kita tidak menyuarakan apa yang sepatutnya kita suarakan.

Kita tidak mempersoalkan layanan mereka. Jadi itu bukan anti-persekutuan.

Itu perjuangan untuk menuntut keadilan, meminta mereka supaya adil, supaya saksama…

Saya katakan dari awal pembentukan Malaysia sampai sekarang, mereka sudah menetapkan agenda mereka, dan agenda itu bertentangan dengan apa yang diinginkan pemimpin Sabah.

Soalan: Bagaimana Justice for Sabah berkait dengan situasi politik semasa? Adakah ini cara anda mendesak GRS supaya bergerak solo?

Jeffrey: Ya, kerana bagaimana kita boleh benarkan parti politik persekutuan datang dan ambil kerusi kita, yang secara undang-undang dan politik milik negeri?

Dengan membenarkan mereka berbuat begitu, kita membuka pintu dan membiarkan ketidakadilan dominasi mereka berterusan. Kita sudah pernah lalui perkara itu. Mereka datang dengan memastikan parti tempatan dijatuhkan, kemudian mereka ambil alih.

Apa yang mereka buat? Mereka ketepikan perlembagaan. Mereka bukan saja ketepikan perlembagaan, tetapi juga keselamatan, dengan membawa masuk orang (pendatang tanpa izin) untuk mengundi dan cuba ubah kerajaan melalui cara itu.

Mereka ambil wang kita, mereka ambil minyak kita. Sekarang mereka mahu ambil kerusi kita, kuasa politik kita. Kalau mereka memerintah di sini, itu bermakna mereka sebenarnya menjajah kita.

Bagi saya, saya tidak setuju. Dan rakyat juga sudah tidak setuju. Mereka sudah muak. Katakanlah, oh, kita mesti bekerjasama dengan kerajaan persekutuan — memang kita dalam sistem persekutuan.

Tetapi itu tidak bermakna kita mesti bersetuju dengan semua cadangan pemimpin pusat. Kalau begitu, apa gunanya kita jadi pemimpin di sini? Apa makna Sabah merdeka? Tiada makna.

Jadi kita mesti mula berjuang untuk keadilan. Sebab itu saya bersama rakyat untuk katakan saya tidak boleh setuju dengan perkara itu. Ya. Dan rakyat pun tidak boleh setuju.

Soalan: Majlis Presiden GRS akan bermesyuarat pada 1 Oktober (hari ini) untuk mengesahkan formula pembahagian kerusi dengan PH. Adakah anda jangka perdebatan sebenar, atau keputusan sudah dibuat?

Jeffrey: Pada pandangan saya, bila saya jumpa Ketua Menteri (Hajiji Noor) beberapa hari lalu, mereka sudah pun membuat keputusan. Jadi kalau sudah diputuskan, mesyuarat presiden itu cuma untuk mengesahkan sahaja.

Tetapi kalau pada saat akhir dia kata, baiklah, kita dengar suara rakyat, kita gerak solo, maka saya ikut.

Mereka minta 23 kerusi daripada tujuh kerusia. Jadi anda fikir dia sudah setuju kepada 23? Bila saya tanya dia (Ketua Menteri) dua atau tiga hari lalu, dia kata macam 20, 21 begitu.

Paling banyak saya boleh setuju ialah kalau kekal tujuh kerusi. Dan untuk tujuh kerusi itu, kenapa mereka tidak guna logo GRS?

Kita tidak guna logo parti kita. Jadi kenapa mereka tidak boleh guna logo GRS? Kita (Star Sabah) tidak setuju.

Soalan: Anda sudah berkali-kali kata sanggup bergerak solo. Adakah itu benar-benar bermakna keluar dari GRS?**

Jeffrey: Kalau GRS gerak solo, saya ikut. Kalau tidak, saya tidak boleh ikut kerana itu bertentangan dengan sentimen majoriti rakyat. Dan saya tidak boleh melawan rakyat.

Mereka yang menentukan, yang mengundi. Bagaimana saya boleh lawan rakyat?

Soalan: Jadi kalau anda benar-benar gerak solo, adakah itu kerana tuntutan rakyat?

Jeffrey: Ya. Kita ikut apa yang dikatakan oleh sentimen akar umbi. Di mana sahaja saya pergi, saya terima mesej begitu.

Saya baca di internet pun begitu. Itu sentimen umum. Saya pergi ke kawasan saya, sama juga. Saya pergi ke kedai kopi, sama juga.

Malah orang mesej saya pun sama. Mesejnya jelas. Bukan hanya daripada saya, tapi di mana-mana pun begitu.

Soalan: Anda juga ada menyebut tentang PBS. Bagaimana persefahaman anda dengan mereka dalam hal ini?

Jeffrey: Kami ada semacam memorandum persefahaman. Persefahaman itu sebenarnya bertujuan untuk penggabungan dan kerjasama.

Malangnya masa terlalu singkat untuk kami bergabung walaupun kami sudah setuju. Tapi itulah sebabnya kami adakan Konvensyen PBS-Star.

Dan daripada konvensyen itu, jelas mereka mahu PBS-Star bergerak solo. Bagaimana kita boleh abaikan itu?

Jadi kalau saya berpihak kepada ahli dan orang ramai, dan ahli PBS juga mahukan solo, jika kepimpinan tidak ikut, itu akan mengecewakan.

Mereka (kepimpinan) akan terpaksa berdepan dengan kemarahan ahli.

Soalan: Adakah anda fikir pemimpin PBS berkongsi pandangan anda?

Jeffrey: Kepimpinan PBS, pemangku presiden (Dr Joachim Gunsalam), saya rasa tidak… kerana kepercayaan mereka berbeza dengan saya.

Anda tahu, bila kami diminta jumpa PM di Kuala Lumpur, sepatutnya ia mesyuarat tertutup, atas permintaan PM.

(Pemimpin GRS termasuk pengerusi Hajiji Noor, Joachim, Jeffrey, Pandikar Amin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ibrahim di pejabatnya di Kuala Lumpur pada 18 Ogos).

Kami terkejut bila pintu dibuka, satu kumpulan penuh berada di sana. Semua pemimpin dan .

(Pertemuan itu juga dihadiri pimpinan tertinggi Barisan Nasional termasuk Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan pengerusi merangkap presiden ).

Setiap seorang diberi giliran bercakap. Bila tiba giliran saya, saya kata di Sabah, sentimen umum adalah untuk parti tempatan. Kalau tak percaya, buat tinjauan.

Joachim juga kata perkara yang sama. Tetapi dia kata kita bersedia bekerjasama dengan PH-lah.

Jadi pembacaan saya begitu. Tapi ahli PBS, contohnya di Tambunan, bukan saja di Tambunan tetapi di mana-mana, sentimen (proparti tempatan) memang begitu.

Soalan: Bagaimana anda lihat pertemuan 1 Oktober pada hari ini? Apa yang dipertaruhkan dalam mesyuarat itu?

Jeffrey: 1 Oktober. Ya. Kami sudah dijemput ke mesyuarat. Anda lihat, kalau kita tidak beri peluang kerana rakyat mahu kita pergi solo, kalau kita tidak pergi solo, mereka tidak akan ikut.

Kalau kita kekal dalam GRS, kita akan ditolak pengundi. Jadi kita tidak mahu ditolak pengundi.

Ke mana pengundi akan pergi? Mereka akan pergi kepada pesaing politik. Jadi pesainglah yang akan mendapat keuntungan.

Kita tiada daya saing untuk parti tempatan. Hanya GRS. Sebab mereka presiden, tahu? Hanya GRS. Presidential. Ya. Jadi hanya presiden.

Soalan: Perdana Menteri kebelakangan ini seakan menyerang pemimpin Sabah dalam ucapannya, menuduh ada yang mencuri berbilion ringgit. Jelas beliau seolah merujuk anda. Apa respons anda?

Jeffrey: Mereka buat perkara yang sama pada saya semasa zaman PBS dulu. Mereka kata saya mencuri, saya korup, hilang RM4 bilion-lah. Mereka gambarkan macam-macam cerita.

Sekarang mereka buat perkara yang sama lagi. Tapi masa itu, mereka hantar pegawai cukai pendapatan tiap malam ke rumah saya. Kemudian hantar Cawangan Khas setiap hari untuk ganggu saya. Mereka reka tuduhan.

Akhirnya tak jumpa apa-apa, jadi mereka guna (penahanan tanpa bicara) ISA. Sekarang mereka buat lagi. Dan orang yang buat ini, pasukan yang sama-lah.

Jadi ini strategi kitar semula. Ini cara untuk hentikan saya daripada buat apa yang saya mahu buat, daripada bercakap apa yang saya mahu cakap. Tapi saya tak fikir mereka boleh hentikan saya-lah.

Mereka boleh penjarakan saya, mereka boleh gantung saya, tapi mereka tidak boleh gantung semangat saya. Mereka tidak boleh hentikan. Mereka tidak boleh patahkan semangat anda.

Soalan: Pada masa sama, ahli perniagaan Albert Tei mendakwa anda menerima wang berkait lombong. Anwar cepat-cepat mengulang dakwaan ini. Anda nampak koordinasi?

Jeffrey: Ya… mereka di belakang – bah. Terlalu jelas sudah. Dan walaupun saya tak suka apa Albert buat, tapi Albert juga, pada satu sisi, dia mempersoalkan kenapa begitu cepat bertindak terhadap saya tetapi begitu lambat terhadap yang lain.

Kemudian, begitu cepat pula Anwar sambut isu ini dan datang ke sini dan sebut semua ini.

Mereka hipokrit, saya beritahu anda. Aiyah… saya beritahu anda semua ini tidak akan melemahkan semangat saya, kerana ini hanyalah kempen memburukkan.

Pertama, untuk hancurkan imej saya. Kemudian untuk lemahkan GRS. Dan kemudian untuk takutkan orang saya, terutama YB-YB (wakil rakyat) saya.

Mereka mula berfikir, “saya pula selepas ini.” Dan kemudian, supaya mereka patuh – duduk diam!

Jadi walaupun saya terpaksa pergi solo, saya akan tetap gerak solo.

Soalan: Adakah YB-YB anda sendiri bimbang mereka pula akan disasarkan? Bolehkan mereka tinggalkan anda?

Jeffrey: Walaupun YB-YB saya tinggalkan saya, saya akan gerak solo. Saya tidak terkejut. Saya tidak akan terkejut, sebab mereka juga gunakan taktik ini untuk menakut-nakutkan YB-YB.

Tapi adakah mereka ada kekuatan seperti saya untuk berkata, “tidak, tidak, ini semua permainan”? Mungkin tidak.

Jadi mungkin itu satu cara, faktor penolak. Dan mungkin juga ada faktor tarik, seperti wang. Mereka juga menyogok – bah. Tapi saya kata, tak mengapa (ketawa) … aiyahh.

Soalan: Mengapa anda fikir begitu banyak usaha untuk mengawal atau mengetepikan anda?

Jeffrey: Ya, tetapi kenapa? Kenapa mereka mahu buat begitu? Saya seorang pemimpin, pemimpin untuk rakyat. Saya ada perjuangan. Mereka tiada perjuangan.

Apa perjuangan mereka? Untuk menang undi, dapat jawatan, kemudian curi lagi mungkin. Tapi itu bukan misi saya. Misi saya ialah untuk berdiri mempertahankan rakyat.

[Baca laporan asal]



Source link