Malaysia Oversight

OpenAI Perkenal Aplikasi Sora – Pesaing TikTok Dengan Kandungan Janaan AI Menggunakan Watak Anda Dan Rakan-Rakan

By Amanz in October 1, 2025 – Reading time 2 minute
OpenAI Perkenal Aplikasi Sora – Pesaing TikTok Dengan Kandungan Janaan AI Menggunakan Watak Anda Dan Rakan-Rakan


OpenAI Perkenal Aplikasi Sora – Pesaing TikTok Dengan Kandungan Janaan AI Menggunakan Watak Anda Dan Rakan-Rakan

October 1, 2025
Kecerdasan Buatan

Aman

Lanjutan daripada desas-desus semalam, hari ini OpenAI secara rasminya memperkenalkan aplikasi Sora. Aplikasi ini ditawarkan secara terhad berasaskan kepada jemputan untuk pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja buat masa ini.

Aplikasi Sora hadir dengan antaramuka seumpama aplikasi TikTok, dimana ia memaparkan video secara menegak, dan boleh ditatal ke atas dan bawah. Menggunakannya, pengguna boleh menjana video mereka atau rakan-rakan dengan sokongan kecerdasan buatan, dan seterusnya menerbitkan ia terus melaluinya.

Aplikasi Sora

Untuk tujuan janaan video ini, pengguna perlu memuat-naik video dan rakaman audio diri sendiri, dan seterusnya boleh menggunakan ciri dinamakan Cameo untuk mengintegrasikan diri bersama pelbagai latar dan situasi. Pada masa yang sama juga, ini membawa kepada kemungkinan ciri ini disalah guna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, dan menjana pelbagai video yang membawa kepada fitnah dan lain-lain. Menyentuh mengenainya, OpenAI mengatakan pengguna tidak boleh menjana menggunakan personaliti orang lain menggunakannya, dan memerlukan rakaman video dan audio dimuat-naik pada peringkat awal, dan diberi kebenaran oleh seseorang untuk tujuan janaan ini.

Aplikasi ini diperkenalkan selari dengan pengenalan model Sora 2. Model janaan video dan audio baharu ini dikatakan lebih baik berbanding sebelum ini, dan kini lebih patuh hukum fizik dan pergerakkan. Aplikasi platform sosial Sora ini ditawarkan untuk pengguna ChatGPT Pro terlebih dahulu. Berkemungkinan aplikasi sosial ini turut akan menerima perhatian sepertimana perkongsian gambar-gambar “Ghibli” sebelum ini menggunakan ChatGPT.

Pengenalan ini juga dilihat hadir selepas pengenalan ciri janaan video melalui aplikasi Grok sebelum ini, dan juga pengenalan ciri Vibes oleh Meta yang membolehkan pengguna melayari pelbagai video janaan kecerdasan buatan menggunakan Meta AI beberapa hari lepas. Pengenalan aplikasi seumpama ini juga turut menerima kritikan ramai, disebabkan oleh kesan terhadap lambakkan kandungan yang tidak bermanfaat, selain membuka penyalahgunaan seseorang personaliti dan juga kesan terhadap tumpuan pengguna yang dikatakan semakin singkat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link