Malaysia Oversight

Tiada tanda pelanggaran dasar di halaman FB Anwar, kata Meta

By MkiniBM in September 30, 2025 – Reading time 2 minute
Tiada tanda pelanggaran dasar di halaman FB Anwar, kata Meta


Berikutan pendedahan Malaysiakini mengenai rangkaian laskar siber yang beroperasi di laman Facebook Ibrahim, syarikat pemilik platform itu, Meta, berkata setakat ini tiada tanda-tanda pelanggaran dasar dilakukan portal berita ini.

“Ketika ini semakan kami tidak menemui bukti pelanggaran dasar tingkah laku tidak tulen terselaraskan (CIB) kami yang berkaitan dengan laman Facebook perdana menteri,” kata seorang jurucakap Meta kepada Malaysiakini sebagai menjawab pertanyaan yang dikemukakan.

Dia menegaskan bahawa Meta mempunyai dasar dan operasi di seluruh platformnya untuk menghalang CIB dan mengambil serius semua laporan.

Petang tadi Malaysiakini mendedahkan rangkaian sekurang-kurangnya 263 akaun yang bekerjasama untuk meningkatkan sokongan secara buatan di laman Facebook .

Menjelang penerbitan laporan itu, Malaysiakini menghantar dokumen setebal 12 halaman yang memperincikan dapatan siasatannya, taktik rangkaian, dan menyerlahkan 13 akaun keutamaan tinggi untuk tindakan selanjutnya oleh Meta.

Ia termasuk URL akaun, dan memetik contoh khusus melibatkan mereka telah melakukan CIB seumpama “siaran silang pantas” seperti spam, penggunaan skrip pratulis yang diselaraskan dan percubaan yang disengajakan dalam penipuan.

Sebagai contoh, satu akaun yang diperincikan dalam dossier mendakwa sebagai “pelajar universiti” dalam satu ulasan, dan kemudian mengambil persona profesional yang telah “bekerja dengan pelabur asing” dalam ulasan lain.

Kedua-dua dakwaan nampaknya bercanggah dengan profil awam akaun terbabit yang menyatakan pemegang akaun adalah seorang jurutera sejak 2013.

Garis panduan komuniti Meta mentakrifkan CIB sebagai “usaha yang diselaraskan untuk memanipulasi perdebatan awam bagi matlamat strategik, dengan akaun palsu menjadi pusat operasi.”

Ia menyatakan bahawa Meta tidak membenarkan penggunaan aset Meta (seperti akaun dan halaman Facebook) untuk menipu pengguna tentang identiti, tujuan atau asal khalayaknya.

Ia juga tidak membenarkan penggunaan akaun tidak sahih untuk “meningkatkan penonton atau pengikut aset rangkaian” atau “menyampaikan kuantiti yang banyak penglibatan palsu dengan cara yang direka untuk kelihatan tulen, untuk memperdaya Meta dan penggunanya tentang populariti kandungan”.

Pusat ketelusan Meta mendakwa syarikat itu mengambil tindakan terhadap 687 juta “akaun palsu” di Facebook antara April hingga Jun lalu.

Ia menyatakan 99.8 peratus daripada akaun adalah tindakan secara proaktif oleh Meta, manakala baki 0.2 peratus adalah sebagai tindak balas kepada laporan pengguna.

Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pengetahuan atau penglibatan dalam rangkaian itu, sambil menambah, “baik , kepimpinan parti, mahupun sayap pemudanya tidak mengeluarkan sebarang arahan atau menyediakan sebarang pembiayaan untuk operasi sedemikian”.

[Baca berita asal]



Source link