Malaysia Oversight

Opera Perkenal Pelayar Web AI Dalam Bentuk Langganan $19.90 Sebulan

By Amanz in September 30, 2025 – Reading time 1 minute
Opera Perkenal Pelayar Web AI Dalam Bentuk Langganan $19.90 Sebulan


Opera Perkenal Pelayar Web AI Dalam Bentuk Langganan $19.90 Sebulan

September 30, 2025
Perisian

Aman

Opera sebelum ini sedia mengumumkan perancangan untuk hadir dengan pelayar web yang mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan, sekaligus memudahkan pengguna dalam melakukan sejumlah tugasan melalui agen-agen AI. Lanjutan daripada pengumuman berkenaan, kini Opera Neon telah mula ditawarkan secara terhad kepada sejumlah pengguna.

Pelayar web ini hadir bersama pelbagai agen-agen AI yang telah dioptimasikan untuk melakukan sejumlah tugasan atau aktiviti. Melalui demo yang diperlihatkan, Opera menunjukkan kebolehan untuk melayari dan menerangkan video, disamping boleh melakukan tugasan seperti mengimbas emel dan nyah-langgan sejumlah perkhidmatan dengan mudah.

Opera Neon Chat
Opera Neon Cards

Apa pun, pelayar web Opera ini tidak ditawarkan percuma seperti pelbagai produk lain Opera. Sebaliknya, Opera menawarkan ia pada harga langganan $19.90 sebulan. Pihak Opera menawarkan ia hanya secara terhad buat masa ini, dan dijangka akan ditawarkan lebih meluas selepas ini.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link