Malaysia Oversight

Doa Arissa terjawab, dermawan tanggung pengajian ke UUM

By MkiniBM in September 30, 2025 – Reading time 2 minute
Doa Arissa terjawab, dermawan tanggung pengajian ke UUM


Doa seorang gadis yatim piatu, Arissa Abdul Rahman akhirnya terjawab apabila seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai ‘hamba Allah’ tampil membiayai yuran pengajiannya ke Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menurut laman Facebook universiti berkenaan, beberapa lagi penyumbang turut menghulurkan sumbangan sebagai sokongan awal bagi memudahkan perjalanan akademik Arissa, yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang untuk mengumpul duit demi mencapai cita-citanya.

“Sumbangan itu difasilitasi oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEPA) Universiti Utara Malaysia (UUM), yang memahami bahawa di sebalik pencapaian akademik para pelajar, ada cerita getir yang jarang sekali tersingkap di mata masyarakat.

“Hakikatnya, UUM tidak pernah sunyi daripada kisah sebegini.

“Dengan hampir 70 peratus pelajar berasal daripada keluarga B40, banyak wajah tabah yang berjuang senyap-senyap demi melakar masa depan,” menurut hantaran berkenaan.

d21bb8afb67d72472a0051f1be4842fa

Berasal dari , Arissa kehilangan ibu akibat kanser ovari pada usia 9 tahun, dan kematian ayah tiri ketika berusia 17 tahun. Kakaknya yang sudah berkahwin pula tidak bekerja, menyebabkan Arissa turut memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Walau diuji kesempitan hidup, Arissa berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM (PNGK 3.58) dan ditawarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian di UUM. Namun, masalah kewangan menjadi penghalang utama.

Menurut universiti berkenaan, selepas STPM, Arissa bekerja di sebuah kilang sebagai pemeriksa cip selama hampir enam bulan di Ipoh. Dia kemuddian mendaftar masuk ke UUM pada Oktober sebaik menerima gaji.

“Hampir 5 hingga 6 bulan dia bertahan, berpanas, berhujan, mengikat perut, hanya untuk menabung wang yuran universiti,” menurut hantaran itu.

“Saya kerja sebab nak sambung belajar. Itu saja niat saya,” kata Arissa dipetik dalam hantaran tersebut.

a7302313700fddd1030c528c34296844

Kisah Arissa mendapat perhatian bekas gurunya, Cikgu Rahimah dari SMK Sultan Yahya Petra 2, yang kemudian menghubungi hotline Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) UUM.

Pada 27 Sept, Pengetua Institut Penginapan Siswa Proton, Dr Mohd Abidzar Zainol Abidin datang sendiri ke Klebang Ipoh untuk menjemput Arissa ke Sintok.

“Tidak lama selepas itu, doa Arissa terjawab. Seorang insan dermawan dari Negeri Sembilan tampil sebagai penyumbang.

“Bagi Arissa, ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi tanda bahawa Allah tidak pernah membiarkan hamba-Nya berjuang sendirian. Air matanya yang sering tumpah kerana rindu dan duka, kali ini gugur kerana syukur,” menurut hantaran itu.



Source link