Instagram Menguji Ciri Menjadualkan Stories
Amy Maizuraa
Instagram sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menjadualkan stories terus melalui aplikasi. Ciri ini membolehkan pengguna memilih tarikh dan masa untuk Stories disiarkan sama seperti penjadualan siaran biasa (posts) dan Reels.

Langkah ini dilihat sebagai usaha Instagram untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin bergantung kepada stories sebagai medium utama untuk pengumuman masa terhad.
Sebelum ini, penjadualan hanya boleh dilakukan melalui Meta Business Suite untuk akaun perniagaan atau menggunakan aplikasi pihak ketiga.
Ciri ini masih dalam ujian dan belum diumumkan secara rasmi namun berpotensi membantu pengguna merancang kandungan harian dengan lebih mudah.
Buat masa ini, Instagram belum berkongsi tarikh pelancaran atau maklumat lanjut mengenainya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






