Malaysia Oversight

Sekali kena tiup angin, semua hilang: Deepavali ‘Madani’ dikecam

By MkiniBM in September 30, 2025 – Reading time 2 minute
Sekali kena tiup angin, semua hilang: Deepavali ‘Madani’ dikecam


Timbalan Presiden M mengkritik isu pengurusan bazar Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur dan memberi amaran bahawa khemah-khemah yang dipasang di kawasan tersebut boleh hilang sekelip mata apabila ditiup angin, khususnya ketika musim hujan ketika ini.

Bercakap kepada pemberita, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap khemah-khemah yang dipasang di kawasan Little India itu, yang menurutnya tidak sesuai.

“Lihat khemah-khemah ini, tak sesuai. (Khemah) ini bukan untuk peniaga jual makanan.

“Mereka jual sari, jual kain sari, pakaian untuk perayaan Deepavali dan khemah ini memang tak sesuai. Kecil macam ini, bagaimana dia (peniaga) boleh letak barang-barang mereka? soalnya.

“Lagipun, musim perayaan Deepavali ini memang musim hujan. Kalau satu kali angin tiup, semua ini akan hilang,” katanya sambil menunjukkan barisan khemah sedia ada di bazar Deepavali di Brickfields, hari ini.

yang juga ahli Parlimen Tapah itu menegaskan bahawa para peniaga sebenarnya tidak meminta khemah tersebut kerana mereka mampu memasang khemah sendiri.

6183d0671f5b39fe6f6072b6c5e10873

Khemah-khemah berkenaan turut tertera logo “Jajahan Rakyat” dan slogan “Malaysia Madani”, yang menurut Saravanan hanyalah gimik promosi yang tidak diperlukan.

Mengenai lokasi pula, bekas menteri itu berkata penempatan khemah di atas jalan utama di Brickfields hanya akan memburukkan lagi kesesakan lalu lintas di kawasan itu, sekali gus menakutkan pengunjung untuk datang ke Brickfields.

“Little India memang dah sesak. Kalau kita tutup jalan lagi, pengunjung tak akan masuk Brickfields. Sekarang pun belum mula beli-belah, jalan dan sesak teruk,” katanya.

Katanya lagi, kesesakan itu bukan sahaja menjejaskan Brickfields, tetapi boleh merebak ke kawasan sekitar termasuk Bangsar.

Deposit RM2,500

Isu deposit RM2,500 yang dikenakan kepada peniaga turut dibangkitkan Saravanan. 

Menurutnya, peniaga kecil biasanya hanya mempunyai modal antara RM2,000 hingga RM3,000 dan bayaran deposit seperti itu adalah satu beban berat.

“Dulu, kita bagi lot kepada persatuan, dan persatuan yang bayar deposit. Peniaga tak terbeban. Tapi sekarang, mereka diminta bayar sendiri. Itu pun, deposit yang dibayar tiga tahun lepas pun belum dipulangkan oleh DBKL,” dakwanya.

Saravanan menegaskan bahawa perlu lebih memahami keadaan peniaga kecil, terutamanya dalam musim perayaan.

sepatutnya bantu peniaga dan dapat untung politik. Tapi sekarang, setiap hari orang mengadu. Peniaga siap buat video sebab kecewa,” katanya.

6bc6e6027397590e9c673cc78e0eb223

Tambah Saravanan, dia tidak berniat untuk mengadu domba tetapi menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Sharif agar campur tangan segera dalam isu pengurusan bazar Deepavali di Brickfields, Kuala Lumpur.

“Saya bukan buat aduan. Saya merayu kepada Menteri Wilayah dan Datuk Bandar sedikit perihal kemanusiaan dan menyelesaikan masalah ini secara berhemah.

“Dan saya merayu kepada YB Menteri Wilayah dan Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya datang sendiri ke lokasi ini. Jangan hanya dengar ulasan daripada pegawai,” tambahnya.



Source link