Malaysia Oversight

Bonggol Kamera Realme GT 8 Pro Boleh Ditukar Ganti

By Amanz in September 30, 2025 – Reading time 1 minute
Bonggol Kamera Realme GT 8 Pro Boleh Ditukar Ganti


Bonggol Kamera Realme GT 8 Pro Boleh Ditukar Ganti

September 30, 2025
Realme

Effi Saharudin

Bonggol kamera menjadi lumrah telefon pintar moden kerana pengguna mahukan kemampuan kamera yang berkuasa tetapi pada telefon pinta berbadan nipis. Semua pengeluar “berdosa” menawarkan telefon pintar dengan bonggol kamera yang besar dengan memanggilnya “dataran kamera” kerana saiznya yang besar pada 17 Pro.

Realme GT 8 Pro Bonggol

Terkini Realme mengesahkan GT 8 Pro yang akan dilancarkan kelak akan hadir dengan inovasi baharu bonggol kamera yang boleh ditukar ganti. Berdasarkan video acah yang dikongsi, bonggol akan mempunyai panel logam berbentuk bulat, empat segi dan seakan kepala robot yang boleh ditukar oleh pemilik.

Realme GT 8 Pro Bonggol B

Dua skru pada sisi kiri dan kanan digunakan untuk menyambung plat bonggol ke bahagian belakang peranti. Ini ialah gimik baharu yang belum pernah wujud pada peranti lain. Selain bonggol unik. GT 8 Pro juga disahkan menggunakan Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang berkuasa. Tarikh pelancaran peranti belum lagi diumumkan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link