PRISM+ mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan pelancaran siri televisyen pintar terbaharu U-Series 4K QD Mini-LED Google TV. Ia hadir dalam empat pilihan saiz iaitu 55-inci, 65-inci, 75-inci dan 86-inci. Walaupun berbeza saiz, kesemua model menawarkan spesifikasi dan ciri yang sama.

Siri U PRISM+ menggunakan teknologi QD Mini-LED yang menawarkan paparan hampir setanding dengan OLED. Ia membolehkan pencahayaan latar dimatikan sepenuhnya untuk warna hitam lebih mendalam dan kontras tinggi.
Ia digabungkan dengan lapisan Quantum Dot QLED yang memberikan warna terang meliputi sehingga 93% julat warna DCI-P3. Teknologi AI 4K upscaling pula memastikan setiap babak kelihatan jelas dan terperinci tanpa mengira sumber kandungan.

Televisyen ini dilengkapi ciri tambahan seperti Dolby Vision, HDR10+, Filmmaker Mode dan Dolby Atmos untuk pengalaman tontonan yang lebih imersif. Ia juga menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz dengan mod permainan MEMC serta menyediakan pilihan I/O seperti HDMI 2.1, HDMI 2.0 dan USB-A untuk sambungan tambahan.

Dikuasai oleh Google TV, pengguna boleh mengakses lebih 5,000 aplikasi seperti Netflix, Disney+, YouTube, Prime Video dan Viu. Fungsi Chromecast terbina dan kawalan suara Google Assistant turut memudahkan penggunaan harian.

Bagi yang berminat, model U55 ditawarkan pada harga RM2,599, U65 pada RM3,599, U75 pada RM4,999 dan U86 pada RM7,999 (harga dinyatakan adalah selepas diskaun pra-tempahan). Tempahan awal dibuka mulai 3 Oktober 2025 manakala pelancaran rasmi dijadualkan pada awal November. Sepanjang tempoh pra-tempahan, semua model menerima diskaun RM100 kecuali U86 yang ditawarkan dengan potongan RM500.






