Malaysia Oversight

Sony Melancarkan Buku dan Kasut Edisi Khas Sempena Ulang Tahun PlayStation Ke-30

By Amanz in September 30, 2025 – Reading time 2 minute
Sony Melancarkan Buku dan Kasut Edisi Khas Sempena Ulang Tahun PlayStation Ke-30


Konsol Sony PlayStation akan menyambut ulang tahun pelancarannya yang ke-30 di Eropah dan Amerika tahun ini. Sejak dilancarkan, lebih 500 juta unit PlayStation, PlayStation 2, PlayStation 3, PlayStation 4, PlayStation 5, PlayStation Portable (PSP) dan PlayStation Vita telah terjual. Sempena sambutan ulang tahun ini, Sony melancarkan buku dan kasut edisi terhad untuk peminat tegar.

Buku Sony PlayStation The first 30 years A

Pertama sekali ialah buku PlayStation: The First 30 Years setebal 400 muka surat yang mengandungi sejarah pembangunan konsol PS dari pandangan Ken Kutaragi, Teiyu Goto, dan Yujin Morisawa. Selain itu prototaip, rekaan konsep, rekaan yang ditolak dan pelbagai lagi maklumat yang belum pernah dilihat sebelum ini akan disertakan dalam buku ini. Ia ditawarkan dalam versi Standard Edition dan Deluxe Edition yang kepada 1994 salinan.

Buku Sony PlayStation The first 30 years B

Untuk menyambut ulang tahun pelancaran PlayStation di Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat pula, tiga kasut sukan Reebok edisi PlayStation juga akan dijual. Koleksi Playstation X Reebok ini terdiri daripada InstaPump Fury 94 untuk Japan, Pump Omni Zone II untuk A.S dan Workout Plus untuk UK.

Sony Reebok PlayStation Kasut

Ketiga-tiga kasut akan dijual bermula Oktober dalam jumlah terhad dalam kotak rekaan yang mirip bungkusan asal konsol semasa dilancarkan pada tahun 1994. Selain warna menyamai konsol pertama, tali pengikat dan aksesori dengan rekaan PlayStation juga disertakan dengan setiap pasang kasut.

Buku PlayStation: The First 30 Years edisi biasa boleh diprapesan pada harga £95 (~RM 538) sebuah sementara edisi terhad pula pada harga £425 (~RM 2406) dengan ia akan diterima tahun depan. Sementara itu kasut Reebok Instapump Fury dijual pada harga ¥37,000 (~RM 1049), Reebok Pump Omni Zone II dijual pada harga $220 (~RM 927), dan Reebok Workout Plus pada harga £150 (~RM 849).

Sony Reebok PlayStation Kasut C



Source link