Malaysia Oversight

Jangan berlapik, desak saja Muhyiddin undur

By MkiniBM in September 30, 2025 – Reading time 2 minute
Jangan berlapik, desak saja Muhyiddin undur


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) , Mohd Puad Zarkashi hari ini menyekolahkan Wan Saiful Wan Jan berhubung akuan berkanun (SD) 120 ketua bahagian Bersatu sebagai bercanggah dan penuh ketakutan.

Puad berkata kenyataan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu bahawa dokumen tersebut bukan desakan agar presiden parti, Yassin meletak jawatan, sebaliknya pelaksanaan peralihan kuasa, adalah helah semata-mata.

“Tidakkah mendesak peralihan kuasa bermakna mendesak letak jawatan?

“Kenapa berlapik sangat. Mungkin Wan Saiful takut dipecat kerana mendesak pemimpin letak jawatan adalah kesalahan besar dalam parti Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Puad turut mengingatkan bahawa sendiri pernah mendesak bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi mempercepat peralihan kuasa, yang akhirnya membawa kepada pengunduran pemimpin itu.

“Sebenarnya dia (Muhyiddin) mendesak Pak Lah (Abdullah) letak jawatan. Pak Lah letak jawatan.

“Muhyiddin pula enggan letak jawatan. Dia lupa apa yang dia pernah buat pada Pak Lah,” kata Puad.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Semalam, Wan Saiful menegaskan SD berkenaan adalah sokongan kepada pelan peralihan kuasa yang dipersetujui tahun lalu, sekali gus menolak dakwaan wujud gerakan untuk menyingkirkan Muhyiddin.

Namun, kenyataan itu mencetuskan perdebatan dalaman Bersatu. Beberapa pimpinan negeri, termasuk Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu, mendesak lembaga disiplin parti supaya mengambil tindakan segera terhadap Wan Saiful.

Ketua Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang malah menggesa supaya Wan Saiful dipecat, mendakwa kenyataannya menjatuhkan maruah serta melemahkan parti.

Krisis dalaman Bersatu memuncak selepas Muhyiddin mendedahkan wujud usaha mengumpul tandatangan untuk menyingkirkannya pada perhimpunan agung tahunan parti 9 Sept lalu.

87f7c78b8e2748a50798f9e3ed308e1e

Ia bagaimanapun berakhir dengan perwakilan sebulat suara mengekalkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri daripada Bersatu.



Source link