Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR mengesahkan undian semula akan diadakan untuk tiga cabang – iaitu Selayang, Jempol dan Silam – sebelum Kongres Nasional bulan depan.
Pengarah JPP PKR Dr Zaliha Musa berkata undian semula hanya akan melibatkan “keputusan kecil” beberapa cabang.
“Nanti saya akan keluarkan notis. Notis dalaman kepada cabang-cabang itu,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri Wilayah Persekutuan di Putrajaya, hari ini.
Pemilihan peringkat cabang yang baru sahaja selesai melibatkan pemilihan pemimpin utama cabang serta kepimpinan sayap Angkatan Muda dan Wanita peringkat cabang bagi penggal 2025-2028.
[Berita lanjut menyusul]