Google Memperkenalkan Logo Baharu Di Semua Produk
September 30, 2025
Google
Effi Saharudin
Semalam Google secara rasminya menggunakan logo baharu di semua produk keluaran mereka. Logo dengan waran cerun menggabungkan empat warna rasmi syarikat ini pada awalnya diperlihatkan pada bulan Mei lalu.

Menurut Google, logo baharu ini melambangkan secara visual evolusi syarikat dalam era AI. Walaupun empat warna asal dikekalkan, rona dan reka bentuk kecerunan yang lebih cerah melambangkan lonjakan inovasi dipacu AI dan tenaga kreatif merentas produk dan teknologi mereka. Ini ialah kali keenam logo syarikat diberikan wajah baharu sejak Google ditubuhkan pada tahun 1997.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






