Malaysia Oversight

Markah Penanda Aras Snapdragon X2 Elite Extreme Memang Ekstrem

By Amanz in September 29, 2025 – Reading time 3 minute
Markah Penanda Aras Snapdragon X2 Elite Extreme Memang Ekstrem


Markah Penanda Aras Snapdragon X2 Elite Extreme Memang Ekstrem

September 29, 2025
Perkakasan

Effi Saharudin

Siri Snapdragon X2 Elite dilancarkan secara rasmi minggu lalu dengan ia adalah cip mercu untuk komputer riba Windows berasaskan Arm. Tiga model ditawarkan dengan X2 Elite Extreme ialah versi paling mercu dilengkapi CPU Oryon Gen 3 teras. Qualcomm mengatakan siri X2 Elite ialah cip komputer riba dengan kemampuan pemprosesan paling berkuasa di pasaran dengan ia mencecah 80 TOPS. Bagi membuktikan dakwaan ini, satu sesi ujian menanda aras telah dilakukan ketika Snapdragon Summit. Berikut ialah beberapa markah ujian yang berjaya dicatatkan.

Snapdragon X2 Elite Extreme A

Ujian dilakukan menggunakan komputer riba yang dilengkapi skrin 16″, dijana cip Snapdragon X2 Elite Extreme, memori 48GB RAM LPDDR5x, dan storan 1TB SSD. Berdasarkan pengamatan saya, ia adalah komputer riba standard dengan sistem penyejukan aktif terbina. Pada waktu yang sama beberapa rekaan komputer riba tablet dan kompak juga diperlihatkan tanpa sistem penyejukan. Ujian tidak dilakukan pada prototaip unik berbentuk piring dan kotak nipis ini.

Qualcomm Snapdragon X2 Elite Extreme

Dalam ujian Geeekbench satu dan multi teras, prestasi CPU X2 Elite Extreme melangkaui cip pesaing seperti Ryxen AI 9HZ 379, Core Ultra 9 288V, Core Ultra 9 285H dan M4. Apabila dibandingkan dengan Snapdragon X1 Elite pula, prestasi dalam ujian yang sama adalah sehingga 50% lebih pantas lebih-lebih lagi dalam markah multi teras.

Snapdragon X2 Elite Extreme benchScreenshot 2025 09 29 at 9.19.02 PM
Snapdragon X2 Elite Extreme benchScreenshot 2025 09 29 at 9.19.20 PM

Tumpuan Qualcomm tahun ini dapat dilihat pada peningkatan prestasi NPU yang mempunyai kuasa pemprosesan AI sehingga 80 TOPS. Ini adalah bagi membolehkan komputer riba yang menggunakan siri X2 Elite menjalankan model-model AI terus daripada peranti dengan lebih pantas. Ini juga dilihat sebagai persediaan untuk keperluan AI pelbagai perisian yang dijangka akan terus meningkat tahun hadapan.

Dalam ujian Geekbench AI dan Procyon AI, X2 Elite Extreme meninggalkan kesemua cip pesaing di belakang. Sebagai contoh ia hampir 6 kali lebih pantas berbanding Core Ultra 9 285H. Bagi pemilik Copilot+ PC, peningkatan kuasa NPU X 2 Elite Extreme adalah merisaukan kerana ciri baharu pada Windows 11 kelak tidak boleh dijalankan pada komputer dengan NPU yang kurang berkuasa.

Snapdragon X2 Elite Extreme benchScreenshot 2025 09 29 at 9.20.27 PM
Snapdragon X2 Elite Extreme benchScreenshot 2025 09 29 at 9.20.11 PM

Ini telahpun berlaku tahun lalu apabila AI PC terus menjadi usang dan digantikan dengan Copilot+ PC kurang dua bulan selepas dilancarkan. Tahun ini pula kita melihat beberapa ciri AI pada Windows 11 diberikan kepada Copilot+ PC dengan cip Qualcomm terlebih dahulu dengan pengguna Intel dan AMD perlu menunggu lebih lama.

Dalam ujian 3D Mark Solar Bay pula, markah dicatatkan X2 Elite Extreme sekali lagi di hadapan dengan prestasi GPU sehingga 61% lebih baik berbanding pesaing. Sungguhpun peningkatan jelas dapat dilihat pada GPU, isu gaming pada komputer Snapdragon masih terletak pada sokongan perisian yang tidak konsisten pada platform Arm. Epic Games menjanjikan sokongan Unreal Engine 5 yang lebih baik pada siri X2 Elite. Sejauh manakah sokongan ini hanya akan diketahui selepas komputer riba dengan cip ini dipasarkan.

Snapdragon X2 Elite Extreme benchScreenshot 2025 09 29 at 9.19.57 PM

Kesimpulan

Qualcomm Snapdragon X2 Elite A

Seperti dalam ujian Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang diterbitkan minggu lalu, markah ujian Snapdragon X2 Elite Extreme juga tidak kurang menakjubkan dengan ia memberikan petunjuk apakah prestasinya di dunia sebenar kelak. Masih belum diketahui bilakah komputer riba pertama dengan X2 Elite Extreme akan dipasarkan tetapi jika prestasi di dunia sebenar adalah setanding (ataupun lebih tinggi) dengan ujian di makmal, kami tidak sabar untuk mencubanya sendiri dalam masa terdekat.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link