Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang ditahan polis Selasa lepas kerana disyaki memiliki dadah, kini ditempatkan sementara di ‘pool’ Jabatan Peguam Negara, kata Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar.
“Jabatan ‘pool’ ini bermaksud DPP berkenaan tiada apa-apa tugas atau kerja kursus diberikan sementara menunggu siasatan kes dan keputusan ujian saringan air kencing serta pemilikan dadah selesai,” katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-56 di Istana Balai Besar di Kota Bharu hari ini.
Pada Rabu lepas, SPRM mengesahkan seorang DPP yang baru melaporkan diri minggu lepas ditahan polis pada 23 Sept lalu kerana memiliki dadah.
Menurut SPRM, pegawai terbabit ditahan di kediamannya dan pemeriksaan polis telah menemukan bahan terlarang disyaki dadah di rumah berkenaan.
-Bernama






