Malaysia Oversight

‘SD 120 ketua bahagian Bersatu bukan gerakan jatuhkan Muhyiddin’

By MkiniBM in September 29, 2025 – Reading time 2 minute
‘SD 120 ketua bahagian Bersatu bukan gerakan jatuhkan Muhyiddin’


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan hari ini menafikan dakwaan wujud gerakan untuk menyingkirkan presiden parti, Yassin.

Sebaliknya, dia menegaskan bahawa akuan berkanun (SD) yang ditandatangani 120 ketua bahagian itu adalah sebenarnya sokongan terhadap pelan peralihan kuasa yang dipersetujui tahun lalu.

ff912775402059de1def32cd90a0f03b

“Demi kemenangan, adalah lebih baik sekiranya Tan Sri terus memimpin parti sehingga kita menang Pilihan Raya Umum ke-16.

“Namun, memandangkan beliau berulang kali menyatakan hasrat untuk bersara, saya berikrar untuk patuh dan akan terus menjaga integriti parti demi mempertahankan legasi beliau.

“Jika Tan Sri ingin melaksanakan perubahan, saya mencadangkan ia dibuat lebih awal supaya kepimpinan baharu mempunyai ruang untuk merancang dan memimpin parti.

“Dengan syarat kepimpinan baharu mesti mengekalkan Tan Sri Muhyiddin sebagai pengerusi atau penasihat parti, dan kekal sebagai wajah utama parti,” katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Dia berkata SD itu telah diputarbelit untuk menguatkan “naratif songsang” kononnya ada usaha menekan Muhyiddin supaya berundur dan memberi laluan kepada timbalannya, Hamzah Zainuddin.

f2dcd5ecb0daade6a86c23602d51d6f1

Awal bulan ini, Malaysiakini melaporkan dakwaan bahawa beberapa pemimpin sedang mendesak Muhyiddin menyerahkan teraju kepimpinan kepada Hamzah. Isu itu memuncak pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Bersatu pada 9 Sept lalu apabila Muhyiddin mendedahkan wujud gerakan mengumpul tandatangan bagi menyingkirkannya, sekali gus mencetuskan kekecohan dalam kalangan perwakilan.

Wan Saiful berkata dia telah beberapa kali cuba menemui Muhyiddin – termasuk ketika AGM – untuk menyerahkan SD tersebut.

“Memang telah ditetapkan tarikh iaitu Rabu ini, insya-Allah, jika Tan Sri ada kelapangan. Saya akan bertemu beliau ketika itu. Jadi, itulah keadaan sebenarnya sekarang,” katanya.

Antara yang hadir pada acara hari ini termasuk sebahagian daripada 120 ketua bahagian serta ahli majlis pimpinan tertinggi, Saifuddin Abdullah dan Abdul Rashid Hasnon.

Wan Saiful menegaskan sidang media itu hanya diadakan selepas ketua-ketua bahagian berdepan serangan bertubi-tubi.

“Saya mahu tegaskan bahawa tujuan kami hanyalah untuk membersihkan nama kami dan nama semua 120 ketua bahagian yang telah diserang secara sistematik, berterusan dan terbuka.

“Itulah sebabnya kami terpaksa membawa perkara ini ke sidang media, walaupun seperti yang anda lihat, kami elak bercakap mengenainya sejak awal lagi.

4f79217b484e964466d2dab37b2b5926

“Ini isu dalaman yang sepatutnya diselesaikan secara dalaman. Jadi siapa sebenarnya yang bocorkan maklumat ini ke media terbuka, dan untuk apa?

“Bagaimanapun, saya berharap dengan penjelasan yang diberikan, isu berkenaan dokumen ini boleh ditutup dan diletakkan noktah,” katanya.

AGM tersebut berakhir dengan kedudukan Muhyiddin terus terjamin apabila perwakilan sebulat suara meluluskan usul menamakannya sebagai calon perdana menteri daripada Bersatu.



Source link