Malaysia Oversight

Pahang Rancang Untuk Memperkenalkan Aplikasi Dompet Digital Pada Penghujung 2025 Ini

By Amanz in September 29, 2025 – Reading time 1 minute
Pahang Rancang Untuk Memperkenalkan Aplikasi Dompet Digital Pada Penghujung 2025 Ini



dompetdigital

Pahang Rancang Untuk Memperkenalkan Aplikasi Dompet Digital Pada Penghujung 2025 Ini

September 29, 2025
Kewangan

Aman

negeri Pahang kini berkongsi perancangan untuk memperkenalkan dompet digital Pahang tersendiri, menjelang penghujung 2025 ini. Dompet digital berkenaan akan memudahkan pelbagai urusan perkhidmatan melibatkan negeri Pahang, selain mungkin turut boleh digunakan untuk pelbagai urusan yang lain.

Perkara ini dikongsikan wakil negeri Pahang ketika acara pengiktirafan aplikasi PahangGo oleh Malaysia Book of Records sebagai aplikasi kerajaan negeri yang menawarkan perkhidmatan mudah-alih dengan ciri terbanyak di Malaysia.

Buat masa ini, nama untuk aplikasi berkenaan tidak ditentukan lagi, dan ia dijangka beroperasi sebagai aplikasi kendiri. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengenalan dompet digital oleh kerajaan negeri Pahang, dalam terus menerajui arena digital di negeri tersebut.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link