Malaysia Oversight

EA Bakal Jadi Syarikat Persendirian Menerusi Pelaburan $50 Bilion Arab Saudi

By Amanz in September 29, 2025 – Reading time 1 minute
EA Bakal Jadi Syarikat Persendirian Menerusi Pelaburan $50 Bilion Arab Saudi


EA Bakal Jadi Syarikat Persendirian Menerusi Pelaburan $50 Bilion Arab Saudi

September 29, 2025
e-Permainan

Effi Saharudin

Electronic Arts (EA) bakal menjadi syarikat persendirian kerana sedang dalam rundingan untuk dijual pada harga $50 bilion. Tiga entiti yang ingin mengambil alih EA ialah Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, Affinity Partners milik Jared Kushner (menantu Donald ) dan Silver Lake sebuah firma ekuiti swasta.

EA Sports FC

PIF sudahpun memegang hampir 10% saham EA dan sekiranya pengambilalihan berjaya, Arab Saudi menjadi negara dengan pelaburan besar dalam dunia permainan video kerana mempunyai kepentingan dalam Activision Blizzard, Take-Two Interactive, Niantic dan Embrace Group.

Negara anbiya ini juga menjadi tuan rumah Olimpik Esukan pertama ingin menjadikan Qiddiya bandaraya permainan video dunia menerusi pembinaan stadium esukan terbesar pernah dibina lengkap dengan kerusi 4D haptik serta skrin gergasi. EA dijangka akan mengumumkan pengambilalihan syarikat mereka minggu ini dengan perincian saat akhir masih sedang dilakukan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link