Malaysia Oversight

Pelanggan YouTube Premium Kini Menikmati Audio Lebih Baik dan Kelajuan Sehingga 4X

By Amanz in September 28, 2025 – Reading time 1 minute
Pelanggan YouTube Premium Kini Menikmati Audio Lebih Baik dan Kelajuan Sehingga 4X


Pelanggan YouTube Premium Kini Menikmati Audio Lebih Baik dan Kelajuan Sehingga 4X

September 28, 2025
Penstriman

Effi Saharudin

Pelanggan YouTube Premium kini boleh menikmati lebih banyak ciri baharu yang sebelum ini hanya ditawarkan sebagai ujian. Pertama sekali ialah audio dengan kualiti lebih tinggi dengan kadar bit sehingga 256kbps boleh dinikmati di YouTube dan YouTube Music pada peranti Android serta iOS. Sebelum ini ciri ini hanya boleh diakses menerusi aplikasi YouTube Music.

YT Music Pilih Kualiti Strim Audio 01

Seterusnya video boleh dimainkan pada kelajuan sehingga 4X di aplikasi Android, iOS dan alam web. Selama ini ia hanya boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar. Shorts turut boleh dimuat turun dan ditonton dalam mod PiP di iOS selepas sebelum ini hanya diberikan kepada pengguna Android.

Akhir sekali ciri melangkau Jump Ahead boleh digunakan dalam aplikasi YouTube di TV pintar dan konsol permainan. Sebelum ini ia hanya diberikan pada aplikasi telefon pintar.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link