Malaysia Oversight

Bonda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia pada usia 82 tahun

By TheSun in September 28, 2025 – Reading time 1 minute
Bonda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia pada usia 82 tahun


SHAH ALAM: Bonda kepada Tengku Permaisuri Tengku Permaisuri Norashikin, Esah Tahar, telah meninggal dunia pada jam 5.15 pagi tadi.

Pejabat Diraja melalui satu hantaran memaklumkan Allahyarham berusia 82 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Damansara akibat sakit tua.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat zuhur. – Bernama



Source link