Malaysia Oversight

Gempa bumi magnitud 3.5 di perairan Batu Pahat

By MkiniBM in September 27, 2025 – Reading time 1 minute
malaysiakini logo


Gempa bumi lemah berukuran magnitud 3.5 dikesan di perairan Batu Pahat pada 9.04 pagi tadi.

Menurut hantaran di Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gegaran berkenaan berada pada koordinat 1.7 darjah Utara dan 103.1 darjah Timur, iaitu kira-kira 25 kilometer tenggara Batu Pahat dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Batu Pahat dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut hantaran itu.

– Bernama



Source link