Malaysia Oversight

Taufiq anggap Mahathir taasub sangat kritik Anwar

By MkiniBM in September 27, 2025 – Reading time 2 minute
Taufiq anggap Mahathir taasub sangat kritik Anwar


Seorang ahli parlimen mendakwa Dr Mahathir Mohamad begitu taasub apabila mengkritik Ibrahim berhubung jemputan diberikan kepada Presiden AS, Donald , untuk menghadiri Sidang Kemuncak Aseanke-47 di ibu negara bulan depan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Taufiq Johari, berkata Mahathir sepatutnya tahu bahawa jemputan tersebut bukan dibuat atas kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara, tetapi selaku Pengerusi Asean.

Menurut Taufiq, sidang kemuncak Asean itu nanti akan memberi peluang berharga kepada perdana menteri menyampaikan pandangan Malaysia berhubung pembunuhan beramai-ramai di Gaza secara langsung kepada .

Katanya, secara tekal menyatakan pendirian teguhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin malah ia pernah disuarakan itu kepada pemimpin AS sebelum , Joe Biden, semasa Sidang Kemuncak Apec pada Nov 2023.

“Kita semua bersatu dalam menentang kekejaman yang dilakukan oleh Israel, tetapi kita juga perlu berurusan dengan As.

“Mahathir sendiri sepatutnya faham bahawa ini adalah sebahagian penting daripada usaha diplomatik.

“Sambil kita membincangkan kezaliman dan penindasan oleh Israel, terdapat juga perkara lain yang melibatkan Trump dan negara-negara Asean,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara yang paling ketara, kata Taufiq, ialah soal tarif perdagangan yang dikenakan oleh Washington pada awal tahun ini dan masih menjadi sebahagian daripada rundingan penting yang akan memberi kesan kepada ekonomi serantau.

Sehubungan itu, Taufiq menggesa Mahathir untuk melihat isu berkenaan secara menyeluruh, dan bukannya mengkritik setiap langkah yang diambil oleh .

Terdahulu, menempelak pihak yang mempertikaikan jemputan kepada Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 di ibu negara pada bulan depan.

Anwar berkata Kuala Lumpur akan menggunakan platform diplomasi berkenaan untuk terus menyuarakan isu Palestin.

Katanya, Malaysia perlu bijak berunding dan mengekalkan suara yang tegas dalam mempertahankan kebenaran, namun dengan cara berstrategi.

Tegas Anwar lagi, walaupun bukan negara besar, Malaysia tetap dihormati dunia kerana pendirian yang tekal mempertahankan keadilan serta kebebasan bersuara di pentas antarabangsa.

Dalam satu mesej video yang dimuat naik ke media sosial, Mahathir menggesa Anwar agar membatalkan jemputan yang diberikan kepada Trump.



Source link