Pada masa kini, ramai pengguna mencari telefon pintar yang menawarkan keseimbangan antara kualiti kamera, prestasi yang lancar dan harga yang berpatutan. Memahami keperluan tersebut, Xiaomi telah memperkenalkan siri Xiaomi 15T yang hadir dengan rekaan lebih segar, prestasi yang kukuh serta sistem kamera yang dibangunkan melalui kerjasama bersama Leica.

Seperti siri T yang terdahulu, model terbaru ini mengekalkan tradisi dengan menawarkan spesifikasi tinggi pada harga yang berpatutan. Dua tahun lalu, Xiaomi 13T menjadi peranti pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan lensa sentuhan Leica. Kini, kesinambungan tersebut diteruskan menerusi Xiaomi 15T Pro yang menampilkan sistem kamera sinematik dan artistik Leica dalam pakej kelas pertengahan premium.
Prestasi Kamera Bertaraf Profesional
Xiaomi 15T Pro direka khas untuk memenuhi keperluan fotografi harian dengan ciri-ciri canggih yang mudah digunakan. Dengan pilihan jarak fokus bermula daripada ultra lebar 15mm, 23mm untuk rakaman harian, 46mm untuk potret hinggalah telefoto antara 75mm hingga 115mm, pengguna bebas merakam pelbagai jenis gambar tanpa perlu membawa kamera tambahan. Semua keperluan fotografi kini tersedia dalam satu peranti yang praktikal.

Salah satu kelebihan utama Xiaomi 15T Pro ialah lensa telefoto optikal lima kali zum yang sebelum ini hanya ditawarkan pada telefon pintar kelas mercu. Teknologi berkenaan kini diperkenalkan dalam siri T untuk membolehkan rakaman subjek dari jarak jauh dengan hasil yang kekal jelas dan terperinci.

Peranti ini turut dilengkapi dengan lensa periskop telefoto dan mod Street Photography Fast Shot yang membolehkan pengguna merakam momen spontan secara semula jadi dan pantas. Ia juga menyokong zum fleksibel bermula daripada 5x zum optikal, 10x zum berkualiti tinggi, hinggalah 100x Ultra Zoom yang dibantu oleh kecerdasan buatan (AI). Dengan gabungan ciri ini, peranti semangnya menawarkan prestasi menyeluruh melalui teknologi canggih yang direka untuk kemudahan penggunaan harian.


Dengan pilihan jarak fokus bermula daripada ultra lebar 15mm, 23mm untuk rakaman harian, 46mm untuk potret hinggalah telefoto antara 115mm hingga 23mm, pengguna bebas merakam pelbagai jenis gambar tanpa perlu membawa kamera tambahan.
Pengguna turut boleh melaras sudut rakaman dengan mudah melalui dial zum yang tersedia, sama ada ultra lebar, standard, dua kali, lima kali atau sepuluh kali zum mengikut cita rasa tersendiri. Semua keperluan fotografi kini tersedia dalam satu peranti yang mudah dikendalikan.



Dari segi rakaman video, Xiaomi 15T Pro menyokong resolusi sehingga 8K30FPS dan 4K120FPS. Peranti ini turut dilengkapi dengan mod Log yang membolehkan penyuntingan video dilakukan dengan lebih kreatif dan bebas.
Xiaomi 15T Pro turut hadir dengan sentuhan Leica Summilux yang terkenal dengan kualiti imej yang tinggi. Hasil kerjasama eksklusif bersama Leica ini membolehkan pengguna menikmati gaya visual ikonik dalam sebuah peranti yang lebih mampu milik.



Sensor Light Fusion 900 pula memastikan imej yang dirakam kelihatan lebih terang walaupun dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Teknologi ini turut menyumbang kepada prestasi kamera yang konsisten dan menjadikan setiap rakaman lebih memukau serta tampak profesional.
Ciri Tambahan Yang Mengukuhkan Kehebatan
Xiaomi 15T Pro menyerlah sebagai peranti serba boleh yang menggabungkan prestasi tinggi, ketahanan dan reka bentuk elegan dalam satu pakej moden. Dilengkapi cip Mediatek Dimensity 9400+, peranti ini menawarkan kelancaran dan tindak balas pantas untuk pelbagai aktiviti harian seperti bermain permua, menyunting kandungan dan merakam gambar dengan mudah.

Paparan bersaiz 6.83 inci yang digunakan merupakan yang terbesar dalam siri T dan memberikan ruang tontonan yang luas serta selesa. Skrin ini juga hadir dengan resolusi 1.5K dan menyokong kadar segar semula 144Hz dan menawarkan kecerahan maksimum 3200 nits. Dengan keupayaan ini, pengguna dapat menikmati visual yang terang dan jelas walaupun berada di bawah cahaya matahari.

Xiaomi 15T Pro hadir dengan reka bentuk moden dan kemas. Ia menggunakan bezel yang 27% lebih nipis berbanding generasi sebelumnya sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang lebih luas. Skrinnya turut dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 7i yang tahan calar dan hentakan. Perlindungan ini menjadikannya sesuai untuk pengguna aktif yang sentiasa bergerak.

Peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 5500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Dengan kapasiti ini, pengguna boleh menggunakan peranti sepanjang hari tanpa gangguan. Xiaomi 15T Pro juga hadir dengan penarafan IP68 yang kalis air sehingga kedalaman tiga meter. Selain itu, sokongan rangkaian 5G dan WiFi 7 pula bagi memastikan sambungan internet yang pantas dan stabil.
Xiaomi 15T – Alternatif Berbaloi Tanpa Kompromi Prestasi
Xiaomi 15T adalah pilihan bijak untuk pengguna yang mementingkan nilai tanpa mengorbankan prestasi. Direka untuk mereka yang mahukan peranti asas tetapi masih berkuasa, ia menawarkan pengalaman harian yang memuaskan.
Dengan harga lebih berpatutan, Xiaomi 15T mengekalkan ciri penting seperti paparan berkualiti tinggi, prestasi konsisten dan tahan lasak. Sesuailah untuk gaya hidup pengguna moden yang aktif dan sentiasa bergerak.

Xiaomi 15T dilengkapi sensor Light Fusion 800 dan cip MediaTek Dimensity 8400 Ultra yang memastikan prestasi kekal lancar untuk tugasan harian, permua dan kamera. Skrin 6.83 inci beresolusi 1.5K dengan kecerahan sehingga 3200 nits mampu memberikan paparan terang termasuk di bawah cahaya matahari.
Hadir dengan bateri berkapasiti 5500mAh, Xiaomi 15T ini mampu bertahan sepanjang hari tanpa perlu kerap dicas. Ia juga hadir dengan penarafan IP68 yang kalis air dan debu, serta perlindungan Corning Gorilla Glass 7i untuk ketahanan tambahan dalam penggunaan harian.

Walaupun Xiaomi 15T menggunakan WiFi 6E dan bukan WiFi 7 seperti model Pro, sambungan tetap stabil untuk penstriman, permainan dalam talian dan tugasan harian. Secara keseluruhan, Xiaomi 15T memberikan keseimbangan antara prestasi, ketahanan dan nilai yang sesuai untuk pengguna yang inginkan pengalaman peranti lengkap tanpa perlu berbelanja besar.
Tawaran Hebat Menanti Anda!
Siri Xiaomi 15T kini hadir dengan dua pilihan menarik. Xiaomi 15T Pro tersedia dalam tiga warna elegan iaitu Mocha Gold, Gray dan Black dengan harga bermula RM2,699. Bagi pengguna yang mencari pilihan lebih berpatutan, Xiaomi 15T ditawarkan dalam warna Rose Gold, Gray dan Black dengan harga bermula RM1,899.

Pra-tempahan Xiaomi 15T kini dibuka sehingga 2 Oktober 2025 dengan tawaran menarik termasuk rebat tunai RM200 dan hadiah eksklusif. Pembelian Xiaomi 15T Pro melayakkan anda menerima Xiaomi Watch S4 berwarna hitam bernilai RM699 bersama Digital Benefits bernilai RM2,099. Untuk Xiaomi 15T, pembeli akan menerima Xiaomi Buds 5 berwarna putih bernilai RM459 serta Digital Benefits bernilai RM1,749. Tawaran ini menjadikan siri Xiaomi 15T lebih berbaloi untuk dimiliki.

Kedua-dua model Xiaomi 15T hadir dengan jaminan 24 bulan, penggantian skrin percuma dan langganan premium untuk Spotify, YouTube serta Google AI.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, kunjungi kedai rasmi Xiaomi di The Exchange TRX, IPC Shopping Centre, dan Paradigm Mall, Shopee, Lazada, TikTok Shop, atau laman web rasmi mi.com. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki peranti berkuasa ini dengan tawaran yang berbaloi.
Penafian: Advertorial dari Xiaomi Malaysia






