Malaysia Oversight

Ti: Loke pandai wayang – sekutu DAP terpalit ‘skandal’ Sabah

By MkiniBM in September 27, 2025 – Reading time 2 minute
Ti: Loke pandai wayang - sekutu DAP terpalit 'skandal' Sabah


Bekas naib presiden MCA, Ti Lian Ker menolak dakwaan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang mendakwa kononnya mengambil “pendirian moral yang tinggi” di Sabah sebagai sekadar satu ‘sandiwara politik’.

Ti mempersoalkan kerjasama DAP dan PH dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terpalit dengan dakwaan skandal perlombongan, serta kerjasama mereka dengan di peringkat persekutuan.

Hakikatnya, kata Ti pendirian moral yang dikatakan oleh DAP hanyalah satu lakonan.

“Pada pilihan raya umum yang lalu, DAP telah menggambarkan MCA sebagai musuh kerana hubungan mereka dengan pemimpin yang berdepan tuduhan rasuah, terutamanya presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

34ee5b591e511b90458e5ec30d8c5eab

“DAP memberitahu rakyat Malaysia bahawa MCA telah kehilangan kredibiliti dan integriti moral.

“Tetapi hari ini, DAP sendiri telah memilih untuk bekerjasama dengan gabungan dan pemimpin yang sama yang dahulu mereka kutuk kerana dikaitkan dengan MCA. Jika hubungan MCA ketika itu dianggap tidak boleh diterima, apa yang menjadikan hubungan DAP dengan gabungan yang sama kini boleh diterima?

“DAP bukan sahaja bersekutu dengan , tetapi juga dengan GRS – satu gabungan yang pemimpinnya terbabit dengan pelbagai video dan kontroversi.

“Jika hubungan MCA tidak boleh diterima dahulu, kenapa pula pelukan mesra DAP terhadap gabungan yang sama – dan GRS dengan segala ‘beban’nya – kini boleh diterima,” soalnya lagi.

2722640bb6d05537ce8b81a0d5616686

Ti berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Loke pada satu majlis makan malam kutipan dana di Kota Kinabalu malam kelmarin yang menegaskan tiada sebarang video mengaitkan pemimpin DAP Sabah.

Loke secara berseloroh berkata apabila Malaysiakini menyiarkan beberapa video, dia bertanya kepada Pengerusi DAP Sabah, Phoong Jin Zhe, jika ada video melibatkan dirinya dan Phoong menafikannya.

Loke berkata hal itu membuktikan DAP boleh diyakini, sambil menegaskan budaya politik partinya berbeza secara asasnya.

Namun, Ti menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sekadar “pandai tayang dan pandai wayang”.

52850b70217adeb58a4fd4b35c34cecc

Dia turut menyoal kalau Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut dikenakan piawaian dan pemeriksaan ketat yang sama seperti yang dituntut oleh DAP terhadap orang lain.

Ti merujuk perbicaraan kes Lim di mahkamah atas tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta 10 peratus komisen daripada projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion,

“Atau adakah prinsip kebertanggungjawaban hanya digunakan secara selektif apabila ia menguntungkan agenda politik DAP,” soal pemimpin MCA itu lagi.

Sejak November lalu, ahli perniagaan Albert Tei telah mendedahkan beberapa video dan bahan lain yang mengaitkan lebih sedozen Ahli Dewan Undangan Negeri () GRS, termasuk anggota kanan kabinet negeri, dalam satu skandal perlombongan.

Tei dan dua daripada terbabit telah didakwa, namun tindakan senyap pihak berkuasa terhadap individu-individu lain yang terlibat mendorong pembangkang dan pengkritik mendakwa wujud usaha menutup kes menjelang pilihan raya negeri tahun ini.

[Baca berita asal]



Source link