Malaysia Oversight

SUbsidi RON95: Kalau nak buat, buat betul-betul

By MkiniBM in September 27, 2025 – Reading time 2 minute
SUbsidi RON95: Kalau nak buat, buat betul-betul


Bagi Rafizi Ramli, sebarang keputusan yang mahu dibuat oleh mesti dibuat “betul-betul” dan bukannya mengambil kira aspek lain termasuk “berimbang” demi peluang mendapatkan undi rakyat.

Mengulas isu penyasaran subsidi petrol RON95 yang akan dilaksanakan mulai 30 Sept ini, bekas menteri ekonomi itu bertegas bahawa tiada jalan singkat yang boleh diambil oleh .

Dia juga melihat dasar yang dilaksanakan itu – melalui inisiatif Budi95 – sebagai jalan singkat mengendalikan isu subsidi.

“Tugas kita apabila berada dalam kerajaan ialah untuk membuat keputusan yang sukar.

“Kos subsidi RON95 yang perlu ditanggung oleh kerajaan akan balik kepada nilai asal (kira-kira) RM20 bilion.

“Akhirnya apabila jadi pada ketika itu, kita boleh tanya balik: habis, yang kita bersusah payah buat penyasaran semula subsidi ni sebab apa?” katanya dalam program audio siar Yang Berhenti Menteri malam tadi.

Inisiatif Budi95 akan bermula secara rasmi tidak lama lagi dengan semua rakyat Malaysia layak menerima subsidi 300 liter petrol pada harga RM1.99 seliter sebulan, manakala pengguna yang lain akan membeli bahan bakar itu pada harga pasaran.

Syarat yang diperlukan bagi mendapatkan harga subsidi itu ialah memiliki kad pengenalan serta lesen memandu yang sah.

Sebelum ini cadangan kerajaan ialah memberikan subsidi kepada golongan terbanyak dengan pengguna berpendapatan tertinggi dikecualikan.

Tak gunakan data Padu

Pada 22 Sept lalu Rafizi memberi amaran bahawa subsidi bahan api yang ditetapkan bermula pada 30 Sept itu masih terdedah kepada penjualan semula bahan api dan kelemahan lain.

Katanya langkah rasionalisasi subsidi perlu untuk kemampanan fiskal, dengan menegaskan bahawa isi rumah yang lebih kaya ketika ini mendapat manfaat yang tidak seimbang daripada skim menyeluruh.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata tanpa rasionalisasi, bagi setiap RM1 subsidi yang dibelanjakan, isi rumah T20 akan menerima 75 peratus lebih daripada isi rumah B40.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan baru-baru ini menyatakan kerajaan dijangka memperoleh penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun – bergantung kepada harga pasaran minyak dari semasa ke semasa – melalui pelaksanaan Budi95.

Sehingga Ogos lalu, katanya, kerajaan mengekalkan anggaran penjimatan daripada subsidi RON95 yang disasarkan adalah sehingga RM8 bilion.

970284e6b53ab0b0db221540f841c1fc

Kata Rafizi malam tadi sebelum ini jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk memberikan subsidi bahan api ialah antara RM20 bilion hingga RM25 bilion setahun.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata langkah membatalkan pelan rasionalisasi subsidi asal menunjukkan polemik isu itu kembali kepada persoalan asal.

“Sebab itu pada pandangan saya sejak awal, bite the bullet. Kalau nak buat, buat betul-betul,” katanya.

Rafizi turut mendakwa pelaksanaan Budi95 sekarang – yang berasaskan kepada kad pengenalan serta lesen memandu saja – menunjukkan kerajaan tidak menggunakan dapatan dikumpul inisiatif Pangkalan Data Utama (Padu).

Katanya Padu dibangunkan oleh kementerian ekonomi untuk pemberian subsidi secara tunai seperti yang diputuskan pada 2023.

Skim Budi95 sekarang, tambah Rafizi, mungkin akan bergantung kepada data daripada Jabatan Pengangkutan Jalan.

Dia juga mengakui data Padu masih boleh digunakan untuk tujuan lain kerana ia merupakan pangkalan data paling lengkap membabitkan maklumat isi rumah.



Source link