Malaysia Oversight

Anwar mahu perolehan aset pertahanan telus, ikut keutamaan

By MkiniBM in September 27, 2025 – Reading time 2 minute
Anwar mahu perolehan aset pertahanan telus, ikut keutamaan


Perdana Menteri Ibrahim hari ini menegaskan bahawa proses perolehan aset pertahanan negara perlu dilaksanakan secara telus, bijak serta mengikut keutamaan dan keperluan sebenar.

Katanya, turutan keutamaan dalam setiap perolehan mesti ditentukan berdasarkan keperluan semasa serta kepakaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bukannya diputuskan oleh ejen atau syarikat luar.

yang juga menteri kewangan berkata, pendekatan yang tidak berpaksikan keperluan dan kepakaran sebelum ini telah menimbulkan pelbagai masalah, termasuk skandal besar perolehan serta kelewatan projek pembinaan.

“Sistem perolehan ini mesti diperbetulkan. Bukan saya yang menentukan apa yang perlu dibeli, itu bidang kepakaran ATM.

“Namun, keutamaan perolehan mesti berdasarkan keperluan dan kepakaran, bukan ditentukan ejen, syarikat luar atau orang politik.

“Peruntukan tahun ini untuk kementerian pertahanan adalah yang tertinggi. Oleh itu, semua pihak bertanggungjawab memastikan perbelanjaan dibuat dengan telus, berhemah dan penuh tanggungjawab kerana ia melibatkan wang rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Mesra Wira Samudera di Markas Wilayah Laut 2, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sandakan, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Mohd Nizam Jaffar dan Timbalan Panglima TLDM Laksamana Madya Shamsuddin Ludin.

Perdana Menteri menegaskan amalan ‘menyakau’ dana perlu dihentikan, manakala pengurusan kewangan mesti dilaksanakan secara berhemah.

Dia berkata, dalam soal keselamatan negara, tiada kompromi boleh dibuat dan kesiapsiagaan aset pertahanan perlu sentiasa berada pada tahap optimum.

“Kita mahu ATM kuat, dengan kapal baru dan pesawat baru. Saya tekankan ini bukan untuk berperang, tetapi bagi menjamin keselamatan negara. Demi usaha perdamaian, jika berlaku ketegangan, kita boleh segera bertindak, seperti yang terbukti menerusi kebijaksanaan ketenteraan kita dalam isu Thailand-Kemboja,” katanya.

menambah, akan terus berusaha memartabatkan dan menghargai bidang pertahanan negara termasuk kebajikan anggota keselamatan.

Katanya, sejak pentadbiran MAdani, gaji penjawat awam berjaya dinaikkan dengan golongan pelaksana menerima kenaikan sehingga 15 peratus selepas hampir sedekad tiada semakan kadar gaji.

Bernama



Source link