
Meta Rancang Bangunkan Robot “Metabot” – Dan Ingin Lesenkan Perisian Kepada Pembangun Robot
Aman
Kebelakangan ini, Meta dilihat menerajui sejumlah pembangunan teknologi baharu, termasuk tumpuan diberikan kepada pembangunan kaca mata pintar yang turut dilengkapi skrin – dilihat sebagai pengganti kepada telefon pintar. Malah, Meta mempunyai pegangan pasaran yang sangat tinggi dalam arena kaca mata pintar ini.
Disamping itu, Meta turut membuat pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, kini hadir laporan Meta turut ingin memfokuskan kepada arena robotik seterusnya. Buat masa ini, secara dalaman mereka sedang melalui proses penyelidikkan termasuk pembangunan “Metabot” tersendiri.
Namun, Mark Zuckerberg dilihat bukan ingin bersaing dari segi penawaran robot mereka, tetapi dengan menawarkan pelesenan kepada perisian yang menguasakan robot. Secara kasar, Meta ingin menjadi seperti Android kepada robot.
Sebelum ini, ia telah diperkatakan Meta sedang bangunkan robot yang membantu tugasan di rumah, sekaligus memudahkan lagi para pengguna. Namun, ia boleh dikatakan masih pada peringkat awal.
Pada hari ini, China sedia menerajui arena robotik melalui pelbagai syarikat yang telah pun hadir dengan robot yang boleh bergerak dan melakukan sejumlah perkara. Di barat pula, Tesla sedang membangunkan robot mereka dinamakan Optimus, selain beberapa pihak dikatakan ingin membangunkan robot sendiri, termasuk Apple.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






