Malaysia Oversight

Meta Teen Account Di Facebook dan Messenger Kini Diaktifkan Di Peringkat Global

By Amanz in September 27, 2025 – Reading time 1 minute
Meta Teen Account Di Facebook dan Messenger Kini Diaktifkan Di Peringkat Global


Meta Teen Account Di Facebook dan Messenger Kini Diaktifkan Di Peringkat Global

September 27, 2025
Meta

Effi Saharudin

April lalu ciri Teen Account Instagram yang meletakkan pelbagai ciri keselamatan khusus untuk pengguna berusia bawah 16 tahun dilancarkan untuk Facebook dan Messenger. Ia walau bagaimanapun hanya diaktifkan di AS, UK, Australia dan Kanada. Semalam, ciri ini akhirnya diberikan kepada semua pengguna global.

Meta Facebook Messenger Instagram Teen Account B

Teen Account meletakkan halangan seperti tidak boleh dihubungi insan tidak dikenali serta menghalang paparan mesej lucah yang mungkin dihantar menerusi DM. Selain itu kawalan penggunaan masa dalam aplikasi juga boleh dilakukan oleh ibu bapa serta penjaga.

Selain itu pengguna diberikan peringatan untuk berhenti menggunakan aplikasi media sosial selepas digunakan selama sejam dan mempunyai ciri “Quiet mode” yang mematikan notifikasi di waktu malam bagi mengelakkan gangguan.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link