Malaysia Oversight

Touch’n’Go eWallet Dikemaskini Dengan Sokongan Untuk Program Budi Madani RON95

By Amanz in September 26, 2025 – Reading time 1 minute
Touch’n’Go eWallet Dikemaskini Dengan Sokongan Untuk Program Budi Madani RON95


Touch’n’Go eWallet Dikemaskini Dengan Sokongan Untuk Program Budi Madani RON95

September 26, 2025
Pengangkutan

Nazrin

Program subsidi bersasar petrol Budi Madani 95 akan diperkenalkan pada 30 September ini, dan sebagai persediaan, Touch’n’Go eWallet telah dikemaskini dengan sokongan untuk memaparkan baki subsidi petrol RON95 yang boleh digunakan oleh rakyat Malaysia.

Mereka yang telah melakukan proses eKYC bersama TNG eWallet kini boleh mengemaskini aplikasi tersebut untuk melihat samada mereka layak untuk menerima subsidi ini, dan mereka juga telah memperkenalkan satu ikon baru khusus untuk memperlihatkan butiran berkenaan program subsidi tersebut.

Menu program subsidi BUDI95 akan memperlihatkan baki subsidi petrol anda dari segi jumlah petrol dan juga nilainya dalam Ringgit Malaysia. Aplikasi ini juga akan memperlihatkan harga petrol RON95 yang disubsidi dan juga harga semasa yang diapungkan.

image 104

Dalam pada itu, mereka juga akan memperlihatkan semua syarikat petrol yang terlibat didalam program subsidi ini, termasuklah nama-nama yang jarang didengar seperti Buraq Oil dan Five.

TNG eWallet juga ada menunjukkan cara bagaimana anda boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk menggunakan subsidi BUDI95 ini dengan menekan butang How It Works.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link