Malaysia Oversight

Ketahui Kesihatan Jantung Dan Kadar Penuaan Anda Menggunakan Samsung Galaxy Watch8

By Amanz in September 26, 2025 – Reading time 3 minute
Ketahui Kesihatan Jantung Dan Kadar Penuaan Anda Menggunakan Samsung Galaxy Watch8


Ketahui Kesihatan Jantung Dan Kadar Penuaan Anda Menggunakan Samsung Galaxy Watch8

September 26, 2025
Samsung

Amy Maizuraa

Di pasaran terdapat pelbagai jam tangan pintar yang mampu menyukat aktiviti kecergasan, dan memberikan laporan mengenai tahap kesihatan anda, baik dari kesihatan fizikal dan mental. Samsung yang melancarkan jam pintar terkini mereka iaitu Samsung Galaxy Watch8 turut menawarkan kelainan menerusi fungsi pengesanan kesihatan jantung, dan juga indeks anti-oksida pengguna.

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 16

Pemantauan Kesihatan Jantung Menerusi Heart Health

Menerusi Samsung Galaxy Watch8 terdapatnya fungsi Heart Health membolehkan anda mengetahui kesihatan jantung dengan lebih terperinci. Ini kerana ia dapat mengesan sebarang corak penyakit kardiovaskular, dan memberitahu pengguna. Perkara seperti tekanan darah, dan juga tekanan jantung (Vascular Load) dapat disukat, membolehkan anda merancang aktiviti kesihatan anda. 

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 9

Fungsi Vascular Load ini akan mengukur tekanan jantung sewaktu anda tidur. Anda perlu memakai Samsung Galaxy Watch8 supaya ia dapat mengukur tekanan jantung dengan tepat, dan ia akan memberikan analisa berkenaannya apabila dibandingkan dengan data penggunaan seharian.

Data asas akan dikumpul selepas anda memakai jam ini sewaktu tidur untuk tiga malam, dan dari data tersebut, anda dapat tahu sekiranya anda memerlukan perubahan dari segi gaya hidup, corak tidur mahupun corak pemakanan dan aktiviti senaman yang diperlukan. Fungsi ini juga boleh dilancarkan pada semua telefon pintar yang mempunyai aplikasi Samsung Health.

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 12

Disamping itu terdapat juga fungsi amaran berkenaan kadar degupan jantung anda, dimana ia juga akan memberikan amaran sekiranya terdapat sebarang anomali yang mengundang kecelakaan. Jika anda sedang tidak berbuat apa-apa namun jantung berdegup laju maka ia akan memberikan amalan.

Dengan fungsi ECG, anda juga dapat menyukat degupan jantung pada bila-bila masa, memudahkan anda untuk memastikan kesihatan jantung anda terjamin. Malah bagi membuktikan komitmen Samsung terhadap kesihatan, peranti ini turut disahkan oleh Medical Device Authority (MDA) Malaysia untuk fungsi ECG, amaran degupan jantung, serta tekanan darah.

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 11
Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 13

Ketahui Apa Yang Patut Anda Makan Dengan Antioxidant Index

Satu perkara yang unik dan baharu pada Samsung Galaxy Watch8 ialah Antioxidant Index. Ini adalah bukti Samsung merupakan satu jenama yang mempelopori dunia inovasi, dan hadir dengan teknologi sebegini. Samsung Galaxy Watch8 merupakan jam pintar pertama di dunia yang mengukur indeks antioksidan pengguna. 

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 2 1
Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 4

Dengan hanya menekan ibu jari pada jam tangan ini, anda dapat mengetahui indeks anti-oksida anda kerana apabila kulit ibu jari bersentuh, sensor BioActive di belakang jam ini akan mengetahui berapa banyak sayur dan juga buah yang telah anda makan. 

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 8

Ini memudahkan anda mengurus diet pemakanan anda kerana apa yang anda makan, mempengaruhi proses penuaan anda. Ia juga akan memberitahu sekiranya anda kekurangan bahan antioksidan dalam diet anda, jadi anda boleh makan lebih banyak sayur atau buah dalam diet pemakanan seharian anda. 


Jom Sertai World Heart Day Bersama Sunway Medical Centre!

Sunway Medical Centre, Sunway City bakal menganjurkan acara kesihatan eksklusif sempena World Heart Day Don’t Miss a Beat pada 27 September ini. Inilah peluang terbaik untuk anda menjalani pemeriksaan jantung, belajar cara mencegah risiko penyakit dan mula amalkan gaya hidup sihat.

image 111

Acara ini turut menampilkan Galaxy Watch8 Series iaitu jam tangan pintar yang dilengkapi ciri pemantauan kesihatan jantung dan indeks antioksida. Dengan teknologi canggih dan fungsi yang diperakui oleh Medical Device Authority (MDA) Malaysia, Galaxy Watch8 bukan sahaja aksesori tetapi rakan kesihatan harian yang boleh diharap.

Samsung Galaxy Watch 8 Classic Edited 7

Bersama barisan pakar kesihatan dari Sunway Medical Centre, anda akan dibimbing untuk memahami petunjuk penting seperti tekanan darah, kadar denyutan jantung dan tahap oksigen. Sesuai untuk semua termasuk keluarga, anak muda dan kanak-kanak. Jom sertai dan mula langkah sihat anda. Kesihatan jantung dan gaya hidup sihat semuanya bermula di sini.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link