Malaysia Oversight

Vivo Mempunyai Perancangan Meluaskan OriginOS Ke Pasaran Global

By Amanz in September 26, 2025 – Reading time 1 minute
Vivo Mempunyai Perancangan Meluaskan OriginOS Ke Pasaran Global


Vivo Mempunyai Perancangan Meluaskan OriginOS Ke Pasaran Global

September 26, 2025
Perisian

Amy Maizuraa

Vivo dilihat bersedia melakukan perubahan besar dalam sokongan perisian telefon pintarnya dengan pelancaran global OriginOS 6. Berasaskan Android 16, versi terbaharu ini menandakan kemunculan sulung OriginOS di peringkat global sekali gus menggantikan Funtouch OS yang digunakan sebelum ini.

OriginOS 6 1

OriginOS 6 bakal hadir dengan antara muka baharu yang lebih segar dan ciri pintar yang dipertingkatkan. Antara pembaharuan menarik termasuk skrin kunci yang boleh disesuaikan dengan rekaan lut sinar serta teknologi paparan masa nyata yang meniru kesan cahaya semula jadi. Paparan jam digital juga akan berubah mengikut pencahayaan untuk kesan paparan yang lebih realistik.

iQOO 12 depan skrin Funtouch OS 14
Gambar sekadar hiasan

Selama ini, vivo menggunakan dua sistem operasi iaitu OriginOS untuk pasaran dan Funtouch OS untuk pengguna global. Funtouch OS menawarkan pengalaman mirip Android asli manakala OriginOS hadir dengan rekaan lebih kreatif, animasi menarik serta widget lebih pintar.

vivo mengesahkan bahawa OriginOS 6 akan dilancarkan secara rasmi di pada 10 Oktober 2025. Siri vivo X300 dan iQOO 15 akan menjadi peranti pertama yang didatangkan dengan sistem operasi baharu ini secara terbina.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link