
OpenAI Dalam Persiapan Memperkenalkan Sokongan Pengiklanan Pada ChatGPT
Aman
OpenAI kini dilihat dalam persiapan memperkenalkan sokongan pengiklanan pada ChatGPT, sekaligus menjana pendapatan tambahan selain pengiklanan melalui platform dikuasakan kecerdasan buatan mereka. Buat masa ini, OpenAI dalam usaha mencari pekerja baharu untuk pasukan ini.
Sebelum ini, ia telah diperkatakan OpenAI menyasarkan untuk menjana pendapatan melalui pengguna percuma untuk ChatGPT, menjelang 2026. Pada hari ini, ChatGPT mempunyai lebih 700 juta pengguna setiap minggu, dan majoriti besar adalah pengguna akaun percuma.
Dengan angka pengguna aktif yang besar ini, semestinya ChatGPT turut akan menjadi salah satu platform pengiklanan yang difokuskan oleh pelbagai jenama seluruh dunia. Namun, ia masih tidak diketahui lagi bagaimanakah integrasi akan dilaksanakan, dan adakah ia akan memberikan kesan kepada output hasil yang diterbitkan ChatGPT kepada pengguna.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut OpenAI berkaitan perkara ini tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






