Malaysia Oversight

Xiaomi Malaysia Perkenalkan Siri Robot Vakum Baharu Dengan Harga Bermula RM1899

By Amanz in September 25, 2025 – Reading time 2 minute
Xiaomi Malaysia Perkenalkan Siri Robot Vakum Baharu Dengan Harga Bermula RM1899


Xiaomi meluaskan barisan produk rumah pintarnya dengan penawaran Xiaomi Robot Vacuum S40 Pro, Xiaomi Robot Vacuum 5 dan Xiaomi Robot Vacuum 5 Pro. Ketiga-tiga ini direka untuk menawarkan prestasi pembersihan lebih cekap bagi memenuhi keperluan pengguna moden.

0924 AIoT Xiaomi 15T Series Launch Event Keynote.089

Xiaomi Robot Vacuum S40 Pro ialah robot vakumpembersih pintar seberat 4.2kg. Ia dilengkapi dengan kuasa sedutan sehingga 15000 Pa melalui kipas blower untuk memastikan pembersihan menyeluruh pada pelbagai jenis permukaan.

Bahagian penyapu yang boleh dipanjangkan bersama teknologi pembersihan tepi berketepatan milimeter membolehkan sudut sempit dibersihkan dengan lebih berkesan. Berus utama dan berus sisi direka dengan ciri anti kusut bagi menjamin operasi yang lancar.

Xiaomi Robot Vacuum S40 Pro KV with Price

Robot ini menyokong pengesanan permaidani automatik, pengimbasan 360 darjah dan teknologi cahaya ultra-lebar 129 darjah untuk mengelak halangan dengan tepat. Ia menggunakan bateri berkapasiti 5200 mAh dengan tempoh operasi sehingga 180 minit.

Antara fungsi tambahan termasuk sistem pemetaan berbilang tingkat, pembersihan mengikut jadual dan kawalan melalui aplikasi Xiaomi Home serta sokongan untuk Alexa dan Google Assistant. Ia juga dilengkapi sistem mencuci dan pengeringan mop secara automatik menggunakan udara panas.

160x90 RGB

Xiaomi Robot Vacuum 5 Pro hadir dengan kuasa sedutan sehingga 20000 Pa di mana sesuai untuk membersihkan habuk, bulu haiwan peliharaan dan kotoran besar. Ia dilengkapi radar pintar jenis Direct Time-of-Flight (dToF) yang boleh laras bagi membantu pergerakan lebih tepat dalam ruang yang sempit.

Xiaomi Robot Vacuum 5 Pro 1080x1350 KV with Price

Sistem tiga kamera terbina membantu mengenal pasti kotoran dan mengelak halangan secara automatik menggunakan AI. Dok yang disertakan boleh mencuci mop dengan air panas 80°C, terdapat juga mod pintar dengan suhu yang telah ditetapkan serta boleh mencuci semula secara automatik mengikut tahap kotoran yang dikesan.

%E4%BB%85%E7%BA%BF%E4%B8%8A160x90 rgb

Xiaomi Robot Vacuum 5 dilengkapi kuasa sedutan 20000Pa dan radar dToF dalam rekaan badan yang lebih nipis. Ia menggunakan teknologi cahaya berstruktur S-Cross berkembar untuk mengesan objek tidak sekata dengan tepat serta mengelakkan perlanggaran. Dok yang disertakan menyokong suhu air boleh laras, bekas cucian kendiri dan pengeringan menggunakan udara panas selama dua jam.

Xiaomi Robot Vacuum 5 KV with Price

Bagi yang berminat, Xiaomi Robot Vacuum S40 Pro dijual pada harga asal RM1,899 dan kini ditawarkan pada harga promosi RM1,199. Xiaomi Robot Vacuum 5 Pro pula dijual pada harga asal RM4,399 dan kini boleh didapati dengan harga promosi RM3,399. Sementara itu, Xiaomi Robot Vacuum 5 akan mula tersedia pada 9 Oktober dengan harga asal RM3,699 dan harga promosi RM2,699.



Source link