Model Kereta Xiaomi SU7 Dan SU7 Ultra Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM399
Aman
Sementara ia masih tidak diketahui lagi bilakah kereta Xiaomi akan dipasarkan pada peringkat global secara rasminya, kini pihak Xiaomi membolehkan pengguna tempatan yang meminati kereta Xiaomi untuk mendapatkan model replika untuk Xiaomi SU7.

Model yang ditawarkan adalah pada nisbah 1:18, dan ditawarkan dalam bentuk pra-tempahan buat masa ini. Xiaomi menyenaraikan ia pada harga RM499, tetapi membolehkan pengguna tempatan mendapatkan ia pada harga promosi RM399.
Selain model ini, Xiaomi turut menawarkan model replika 1:18 untuk Xiaomi SU7 Ultra di Malaysia pada harga RM499.

Seperti semua sedia maklum, kedua-dua model kereta ini ditawarkan di China, Ia adalah antara model terawal yang ditawarkan di China, sekaligus memperlihatkan keupayaan Xiaomi untuk bukan sahaja mengeluarkan peranti mudah-alih, tetapi juga “gajet” bernilai tinggi seperti kenderaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






