Malaysia Oversight

Menteri gesa penghantar makanan dikena tindakan undang-undang

By MkiniBM in April 24, 2025 – Reading time 2 minute
Menteri gesa penghantar makanan dikena tindakan undang-undang


Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap seorang penghantar makanan yang didakwa menghantar mesej berbaur perkauman terhadap seorang guru berbangsa India.

“Tindakan seperti ini tidak boleh diterima sama sekali dan wajar dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.

“Pihak syarikat penghantaran digesa untuk mengambil tindakan disiplin tegas terhadap individu yang terlibat serta memperketat garis panduan tatakelakuan pekerja mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa seorang guru sekolah, S Amutha, 27, berasa terkejut dan tertekan selepas menerima mesej berbaur penghinaan daripada seorang penghantar makanan melalui mesej dalam aplikasi berkenaan.

Mesej yang diterimanya berbunyi:

“Oi sampai. Tak mau ambik makanan jangan order pu***ak .

Malaysiakini telah menapis perkataan kesat tersebut mengikut garis panduan editorial.

cd451e5b469b364df7ae490291687d02

Menurut Amutha, mesej tersebut bukan sahaja biadab, tetapi juga satu penghinaan terhadap agamanya, identitinya, dan nilai saling menghormati yang menjadi asas perpaduan negara ini.

“Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya. Kekuatan kita terletak pada kepelbagaian ini, dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan keharmonian dengan saling menghormati kepercayaan dan latar belakang masing-masing.

“Penggunaan bahasa yang penuh kebencian dan lucah seperti ini adalah amat tidak boleh diterima dan bertentangan dengan semangat perpaduan yang kita junjung,” tegasnya.

Aaron menyifatkan insiden ini sebagai amat mengecewakan, dan menegaskan bahawa Kementerian Perpaduan Negara memandang serius perkara ini.

“Insiden ini bukan sahaja mencemar nilai kesopanan dan kesusilaan masyarakat kita, malah menggugat keharmonian antara kaum

“Tidak ada tempat dalam negara ini untuk sebarang bentuk diskriminasi, kebencian atau perkauman.

“Saya percaya bahawa insiden ini adalah tindakan individu dan bukan gambaran masyarakat secara keseluruhan. Namun, kita semua bertanggungjawab untuk membina negara yang lebih inklusif, aman dan bersatu,” jelasnya.

sahkan akaun penghantar disekat

Terdahulu, Malaysiakini tidak menyiarkan nama syarikat penghantaran makanan tersebut sementara menunggu maklum balas rasmi.

Ketika dihubungi, seorang wakil daripada merujuk kepada kenyataan yang telah dimuat naik di media sosial sebagai respons terhadap aduan yang dikemukakan Amutha.

“Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami. Dimaklumkan bahawa akaun penghantar makanan tersebut telah disekat dan kini sedang disiasat,” menurut kenyataan tersebut.

“Kami tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk bahasa kasar atau diskriminasi, dan tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kami amat menghargai kesabaran dan pemahaman anda sementara siasatan dijalankan,” tambah dalam kenyataan itu.



Source link