Malaysia Oversight

Siti Nurhaliza, Aliff Syukri antara penyumbang zakat tertinggi Selangor

By Utusan in September 25, 2025 – Reading time 2 minute
Siti Nurhaliza, Aliff Syukri antara penyumbang zakat tertinggi Selangor


PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tersenarai antara penyumbang zakat perniagaan tertinggi kepada Lembaga Zakat (LZS).

Tidak ketinggalan, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, turut mengakui dirinya tidak pernah culas melaksanakan kewajipan berzakat sejak mula menguruskan syarikat sendiri, bahkan sebelum mendirikan rumah tangga.

“Setiap kali tiba tempoh, saya pastikan zakat dilunaskan. sudah menjelaskan zakat itu menyucikan harta, melancarkan perniagaan dan menambah rezeki. Dari sebelum kahwin sehingga sekarang, itu memang tanggungjawab saya,” katanya.

Anak sulung Aliff, Ammar Ahyan, yang hadir mewakili bapanya pada majlis Hi-Tea bersama Raja Muda Se­langor, Tengku Amir Shah Sultan Saharafuddin Idris Shah anjuran LZS dan Yayasan Raja Muda (YRMS), turut berkongsi perasaan bangganya.

“Saya sangat bangga dengan papa. Insya-Allah tahun depan saya pula akan mula bayar zakat. Zakat ini salah satu tiang , dan sudah tentu kita semua ingin menghulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan,” katanya.

Sumbangan itu dilakukan menerusi syarikat, D’Herbs Holdings Sdn Bhd, sekali gus menempatkan bapanya itu sebaris dengan syarikat ternama lain termasuk XpertsCo Sdn Bhd, Kumpulan Hartanah Berhad, Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd, Bawal Sdn Bhd dan Public Islamic Bank Berhad.

Majlis yang berlangsung di Shah Alam pada Rabu itu menghimpunkan syarikat-syarikat penyumbang utama zakat sekali gus meraikan usaha mereka dalam membantu masyarakat yang memerlukan.-UTUSAN





Source link

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

Sabalenka mara ke separuh akhir WTA Final

RIYADH: Pemain No.1 dunia, Aryna Sabalenka menebus kekecewaan di final Terbuka Perancis apabila menewaskan bintang muda Amerika Syarikat (AS), Coco…
Alex keluar dari bayang-bayang Marc 

Alex Marquez sedia ambil risiko di GP Portugal

PORTIMAO: Alex Marquez mengakui boleh dia kini boleh berlumba dengan bebas dan berani mengambil risiko pada Grand Prix (GP) Portugal…
affiliate

Mana satu boleh bantu anda capai kejayaan lebih besar?

DALAM dunia dagangan moden, program affiliate semakin menjadi pilihan ramai kerana ia membuka peluang menjana pendapatan melalui rujukan klien baharu. Di Malaysia, semakin ramai individu dan agensi pemasaran digital menjadikan program ini sebagai sumber pendapatan tambahan yang konsisten.  Namun, dengan begitu banyak platform affiliate di pasaran, timbul persoalan — platform manakah yang benar-benar boleh membantu anda mencapai kejayaan jangka panjang?  Jom terokai perbandingan lima platform affiliate dagangan yang paling banyak dibincangkan oleh para affiliate profesional — XM, Octa, JustMarkets, HFM, dan MTrading.   Ringkasan Perbandingan Platform Affiliate Dagangan   1. XM XM Partners sering dianggap sebagai antara program affiliate paling kukuh…
Emma mahu lunas dendam di final

Emma mahu lunas dendam di final

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji bertekad menjadikan pentas akhir acara perseorangan wanita Kejohanan Piala Dunia Boling…
CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

CEO GISBH, anak pengasas Al-Arqam keluar penjara disambut keluarga

KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali dan anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib…