Kini, Anda Boleh Semak Sama Ada Layak Atau Tidak Untuk Subsidi Petrol Budi Madani RON95
Aman
Lanjutan daripada pengumuman kerajaan pada awal minggu ini, kini laman khas disediakan dalam memudahkan pengguna melakukan semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima subsidi petrol Budi Madani RON95. Dibawah program ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh menikmati pengisian petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Untuk menyemak, anda hanya perlu ke halaman rasmi Budi Madani RON95, dan seterusnya memasukkan nombor kad pengenalan. Ia seterusnya akan memaparkan sama ada anda layak atau tidak.
Sekiranya layak, anda seterusnya boleh membuat pengesahan dengan MyKad di stesen minyak dan melakukan pembayaran ketika mengisi minyak, dan menikmati harga subsidi RM1.99 seliter untuk petrol RON95. Sebagai alternatif, anda turut boleh melakukan pembayaran menggunakan Touch n Go eWallet, Setel di Petronas dan CaltexGo di Caltex.
Semak : Kelayakan Budi Madani RON95
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






