Malaysia Oversight

Rafizi bandingkan Farhash dengan Jho Low

By MkiniBM in September 25, 2025 – Reading time 2 minute
Rafizi bandingkan Farhash dengan Jho Low


Bekas timbalan presiden Rafizi Ramli menyuarakan kebimbangan serius tentang pengaruh “tangan ghaib” yang tidak bertanggungjawab dalam koridor kuasa .

Bekas menteri ekonomi itu memberi amaran kepada Perdana Menteri Ibrahim agar tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti era skandal 1MDB.

Dalam podcast Kinitv bersama pengacara Mastura Malak dan Yiswaree Palansamy, Rafizi secara terbuka merujuk kepada Farhash sebagai “watak Rasputin” yang dilihat mempunyai pengaruh besar dalam perlantikan dan urusan perniagaan–yang bertentangan dengan prinsip reformasi.

“Kita tidak boleh ada keadaan yang pimpinan utama parti yang berjawatan itu dilihat kurang berpengaruh berbanding ‘tangan ghaib’,” kata Rafizi, sambil menegaskan bahawa mereka yang berkuasa haruslah dipertanggungjawabkan kepada rakyat dan parti.

Rafizi menjelaskan bahawa isu mengenai Farhash sudah dibawa ke pengetahuan pimpinan parti, termasuk sendiri, sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, persefahaman yang dicapai pada waktu itu adalah Farhash akan “mengambil tempat di belakang” dan tidak lagi terlibat dalam politik. 

Namun, Rafizi mendakwa naratif itu berubah selepas menjadi perdana menteri.

“Bila Anwar menjadi perdana menteri, kita mula dengar maklum balas daripada orang parti, pegawai , dan mereka yang berurusan dengan ,” katanya.

Mengakui tidak percaya pada mulanya, Rafizi bagaimanapun berkata maklumat mengenai dakwaan pengaruh Farhash dalam lantikan tertentu semakin konsisten dan ramai yang memaklumkan hal tersebut, selain disahkan oleh pelbagai sumber.

7e8fc83487ecfb8e2286477c1a3cdd3a

Rafizi turut menyamakan situasi itu dengan skandal 1MDB dan watak utamanya, Jho Low, yang pada awalnya juga dinafikan oleh pimpinan tertinggi, namun akhirnya terbukti.

“Rakyat Malaysia dah melalui zaman itu. Dulu masa 1MDB pun, kalaupun ada pimpinan yang bawa kepada pasal Jho Low, samalah perdana menteri kata saya tak ada kena mengena,” kata Rafizi.

“Pengalaman saya sendiri ialah kita jangan pandang mudah bila cakap-cakap itu ada. Bila ada konsistensi dari pelbagai pihak, kamu harus beri perhatian,” katanya.

Ditanya berhubung risiko wujud “Jho Low versi baru”, Rafizi tidak menolak kemungkinannya jika isu itu dibiarkan berleluasa tanpa sebarang tindakan. 

Katanya, kerajaan yang dipilih atas prinsip reformasi mesti menghindari perkara sebegitu dan penafian saja tidak mencukupi.

“Saya rasa kita dah melepasi ambang di mana ramai orang di negara ini percaya penafian,” katanya.

Justeru, Rafizi membuat gesaan langsung kepada Anwar.

“Ini yang saya merayu kepada Anwar Ibrahim. Jangan ambil laluan yang sama. Dengan mudah, ‘saya tak ada kena-mengena’. 

“Kalau jadi apa-apa dan terbukti di kemudian hari, maka yang terpaksa menanggung beban itu adalah Anwar Ibrahim dan sendiri,” tegasnya.



Source link