Malaysia Oversight

Qualcomm Mengacah Pelancaran Snapdragon 8 Gen 5

By Amanz in September 25, 2025 – Reading time 1 minute
Qualcomm Mengacah Pelancaran Snapdragon 8 Gen 5


Qualcomm Mengacah Pelancaran Snapdragon 8 Gen 5

September 25, 2025
Lain-lain

Effi Saharudin

Selepas Qualcomm melancarkan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan siri Snapdragon X2 Elite sebentar tadi, mereka sempat mengacah pelancaran cip seterusnya ialah Snapdragon 8 Gen 5. Berdasarkan penamaan, ia adalah cip kelas mercu dengan kuasa yang dikurangkan berbanding 8 Elite Gen 5.

Qualcomm Snapdragon 8 Gen 5 A

Boleh diramalkan ia mungkin pengganti kepada siri 8s yang mungkin dilihat sedikit mengelirukan. Qualcomm belum lagi berkongsi tarikh pelancaran cip ini cuma memberikan petanda ia akan muncul sebelum berakhirnya 2025.

Snapdragon 8 Elite Gen 5 dilengkapi CPU Oryon Gen 3 yang berkuasa dengan tumpuan diberikan kepada kuasa NPU lebih baik serta GPU yang lebih berkuasa. Maka Snapdragon 8 Gen 5 mungkin menggunakan CPU sama tetapi dengan kelajuan lebih rendah.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link