Malaysia Oversight

Instagram Kini Mempunyai 3 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

By Amanz in September 24, 2025 – Reading time 1 minute
Instagram Kini Mempunyai 3 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan



Instagram

Instagram Kini Mempunyai 3 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

September 24, 2025
Meta

Aman

Mark Zuckerberg hari ini berkongsi mengumumkan dimana Instagram kini mencapai tiga bilion pengguna aktif setiap bulan. Ini sekaligus membuatkan Meta mempunyai tiga aplikasi dengan angka pengguna aktif bulanan melangkaui 3 bilion, iaitu Facebook, WhatsApp dan juga Instagram.

Sebelum ini, Instagram telah melangkaui angka 2 bilion pengguna aktif bulanan pada Oktober 2022 lepas.

Facebook pada awalnya telah mengambil-alih Instagram pada tahun 2012 yang lepas, dimana ketika itu ia sekadar aplikasi perkongsian gambar, tetapi sangat popular dalam kalangan pengguna. Sejak pengambil-alihan, pelbagai perubahan yang telah berlaku, termasuk kini pengguna lebih aktif dalam penggunaan ciri Reels dan Stories pada Instagram berbanding ciri asalnya dahulu. Pada masa yang sama, Instagram sendiri telah memulakan aplikasi khusus dibawahnya dinamakan Threads – memfokuskan kepada perkongsian teks dan menyaingi X atau Twitter.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link