Malaysia Oversight

Umno Sabah pada Kitingan: Sepandai-pandai tupai melompat…

By MkiniBM in September 24, 2025 – Reading time 2 minute
Umno Sabah pada Kitingan: Sepandai-pandai tupai melompat…


Sabah memetik peribahasa Melayu, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga” susulan video baru yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri I Sabah Jeffrey Kitingan, dalam skandal perlombongan di negeri itu.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik Sabah Rosman Datu Ahir Zaman, pepatah tersebut menggambarkan keadaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memimpin negeri.

“Mereka boleh menafikan, mereka boleh berlakon, tetapi kebenaran akhirnya pecah juga ke tengah rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia mendakwa video yang memaparkan Kitingan itu telah membuka pekung sebenar GRS, yang selama ini cuba disembunyikan.

Jika sebelum ini rakyat hanya mendengar bisikan, hari ini bukti sudah terhidang. Yang terbongkar bukan sekadar kelemahan seorang dua pemimpin, tetapi seluruh jentera GRS…

“Lebih memalukan, yang dijadikan bahan dagangan bukan perkara kecil. Lesen pelombongan sumber asli milik rakyat Sabah digadai di meja makan restoran mewah di Kuala Lumpur. Ini bukan lagi salah guna kuasa, ini pengkhianatan terang-terangan. 

“Bila hasil bumi negeri dijadikan syarat untuk membeli kesetiaan politik, yang tergadai bukan sekadar tanah, tetapi maruah seluruh negeri Sabah,” katanya lagi.

Rosman turut mengkritik sikap berdiam diri Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, sedangkan “nama besar” dalam GRS telah terpalit dengan skandal itu.

Hajiji sebelum ini berulang kali menegaskan skandal itu adalah usaha untuk menggugat kerajaannya dan menuduh ahli perniagaan Albert Tei, yang mendedahkan rakaman tersebut, bersekongkol dengan pihak pembangkang.

Tei, yang didakwa bersama dua , turut dituduh cuba memonopoli perlombongan mineral di Sabah dan mengamalkan cara penipuan.

Terdahulu hari ini, Malaysiakini menyiarkan video perbualan Tei dengan Kitingan, yang didakwa Tei menerima rasuah berjumlah RM1.78 juta.

Lebih ramai ahli politik terpalit

Pada Jun lalu, Malaysiakini melaporkan enam lagi ahli politik Sabah terlibat selepas sumber menyerahkan tangkap layar yang didakwa diambil daripada video serupa.

Antaranya termasuk Kitingan, yang juga presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star), serta dua timbalannya, Ellron Alfred Angin dan Robert Tawik.

Ketika itu, Kitingan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas sama sekali dan serangan bermotif politik yang bertujuan menggugat kestabilan, memburukkan imej serta menghancurkan Sabah.

Turut dikaitkan ialah pemangku presiden Parti Bersatu Sabah Joachim Gunsalam, yang turut menafikan dakwaan itu, bekas presiden Maximus Ongkili, serta timbalan presiden Jahid Jahim.

Sebelum ini, Tei telah mendedahkan sembilan rakaman, mengaitkan beberapa dan Speaker DUN Sabah, Kadzim Yahya, dengan dakwaan menerima rasuah sebagai pertukaran untuk lesen penerokaan mineral.



Source link