Malaysia Oversight

‘Kumpulan T15 mungkin hilang subsidi RON95 pada fasa seterusnya’

By MkiniBM in September 24, 2025 – Reading time 2 minute
‘Kumpulan T15 mungkin hilang subsidi RON95 pada fasa seterusnya’


Kumpulan berpendapatan 15 peratus teratas (T15) mungkin tidak lagi akan menikmati subsidi petrol RON95 di bawah program Budi Madani (Budi95) pada fasa seterusnya, kata setiausaha politik kepada perdana menteri merangkap Menteri Kewangan, Ibrahim.

Bernama melaporkan Kamil Abdul Munim – yang berkhidmat dengan dalam kapasiti kementerian kewangan – berkata pelaksanaan berperingkat program itu bertujuan memastikan subsidi diagihkan dengan lebih tersusun serta mengelakkan ketirisan.

Dia menjelaskan fasa pertama semasa program ini memberi fokus kepada memastikan semua warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan sah dan lesen memandu layak membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter.

11df4e6e5ab81b6f5604ddf7e9b5c4be

“Selepas fasa pertama ini, kita akan lihat dahulu bagaimana pelaksanaannya. Daripada situ, barulah kita akan membuat penambahbaikan. Sebagai contoh, mungkin selepas itu golongan T15 tidak lagi dimasukkan dalam senarai penerima subsidi RON95.

“Kita mahu pastikan proses transisi berlaku dengan seminimum mungkin kesulitan, selain mengurangkan masalah teknikal dari segi pelaksanaan dan mekanisme.

“Matlamatnya ialah memastikan dasar ini berjalan lancar serta mencapai hasrat ,” katanya yang dipetik Bernama pada sidang media di Ipoh.

Pada 22 Sept lalu, mengumumkan bahawa hanya akan menyalurkan subsidi petrol RON95 kepada rakyat Malaysia di bawah skim Budi95.

Melalui skim itu, semua warganegara dengan lesen memandu sah boleh membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had 300 liter sebulan. Pemandu e-hailing dikecualikan daripada had tersebut.

7b94bcab983f604497b0f7e550891768

Warga asing yang memandu kenderaan berdaftar tempatan pula perlu membayar harga pasaran, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter, manakala kenderaan berdaftar asing hanya dibenarkan membeli RON97.

Pelaksanaan skim ini dijadualkan secara berperingkat, bermula dengan anggota tentera dan polis pada 27 Sept, diikuti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 Sept, sebelum pelaksanaan penuh pada 30 Sept.

Terdahulu, ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memuji langkah itu, dengan berkata keputusan mengekalkan subsidi RON95 untuk semua rakyat Malaysia bukan sahaja meringankan beban isi rumah, malah boleh mengukuhkan peluang kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

2831b5fab819dd4698403b5b2b8fa9f4
Hassan Abdul Karim

Hassan berkata dasar itu mencapai keseimbangan yang jarang berlaku kerana menyenangkan golongan miskin dan pertengahan tanpa menimbulkan kemarahan golongan kaya.

“Golongan miskin (B40) dan pertengahan (M40) gembira, sementara golongan kaya (T20) tidak marah.

“Dasar seperti ini popular di kalangan rakyat tanpa mengira kelas atau kaum. Tiada salahnya kerajaan melaksanakan dasar popular. Lagi pun, pilihan raya negeri dan umum tidak lama lagi,” katanya.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan semalam mempertahankan keputusan mengekalkan subsidi RON95 untuk semua rakyat Malaysia, walaupun ia mengurangkan jumlah penjimatan yang dijangkakan.

Malah, katanya, anggaran penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion di bawah skim Budi95 tidak wajar dipandang ringan.



Source link