Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman sivil yang difailkan bekas pengendali restoran bergerak Menara Kuala Lumpur terhadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kerajaan dan tiga pihak lain.
Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu dengan membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan saman tersebut, dengan alasan tuntutan plaintif berhubung “nonfeasance” tidak boleh dipertahankan.
Dia berkata, bahawa Fahmi dan kerajaan tidak mempunyai kewajipan untuk melindungi kepentingan pengendali restoran, Asian Kitchen Sdn Bhd, jika ada sekali pun.
Mahkamah turut mengarahkan kos RM10,000 dibayar kepada Fahmi dan kerajaan, serta RM10,000 lagi kepada tiga defendan lain – Hydroshoppe Sdn Bhd, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dan MKL Cuisine Sdn Bhd.
[Laporan penuh menyusul]






