Malaysia Oversight

Honor X9d Kini Di Malaysia – Tahan Lasak, Bateri 8300mAh, Harga Bermula RM1499

By Amanz in September 24, 2025 – Reading time 2 minute
Honor X9d Kini Di Malaysia – Tahan Lasak, Bateri 8300mAh, Harga Bermula RM1499


Honor X9d Kini Di Malaysia – Tahan Lasak, Bateri 8300mAh, Harga Bermula RM1499

September 24, 2025
Honor
Peranti

Nur Amzari

Salah satu peranti popular dari Honor adalah siri X yang terkenal dengan ciri ketahanannya yang luar dari kotak. Hari ini secara rasminya, Honor telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Honor X9d yang lebih tahan lasak dan pelbagai penambahbaikan baru dengan harga bermula RM1499.

WhatsApp Image 2025 09 24 at 14.44.09 2

Honor X9d kali ini tampil dengan beberapa ciri yang menarik perhatian khususnya untuk anda yang mencari peranti yang tahan lasak. Peranti ini dilengkapi dengan SGS Triple-Resistant Certificate yang pertama dalam industri. Ia menjadikan Honor X9d ini 25% lebih kebal dari model terdahulu dan mempunyai bingkai yang menyerap hentikan dengan lebih baik. Peranti ini turut datang dengan kaca yang lebih kuat pada skrin hadapan yang kini rata berbanding model sebelum ini. 

WhatsApp Image 2025 09 24 at 15.59.34

Selain itu, Honor X9d ini dilengkapi dengan IP69K juga yang pertama dalam industri. Ini merupakan penilaian IP yang tertinggi yang memberikan ketahanan debu secara penuh dan juga perlindungan terhadap air yang bertekanan dan bersuhu tinggi. Honor X9d ini juga secara proaktifnya boleh membuang air dan debu dari port pengecasannya. 

WhatsApp Image 2025 09 24 at 15.59.35

Bateri sebesar 8300mAh yang pertama dalam industri turut dimuatkan dalam peranti ini. Kapasiti bateri yang besar ini memboleh peranti ini boleh digunakan satu hari penuh dan turut dibantu dengan teknologi penjimatan kuasa yang ada dalam MagicOS 9.0. Dari segi pengecasan juga masih lagi pantas dengan menggunakan Honor SuperCharge 66W.

WhatsApp Image 2025 09 24 at 16.05.12

Beberapa penambahbaikan lain juga turut diberikan kepada Honor X9d ini seperti dikuasakan dengan cip terbaru iaitu Snapdragon 6 Gen 4 yang memberikan prestasi lebih baik. Skrin sebesar 6.79” HONOR FullView dengan panel jenis AMOLED yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta tahap kecerahan sehingga 6000nits. Hadir dengan kamera utama 108MP, ultra-lebar 5MP dan swafoto 16MP yang datang dengan pelbagai ciri AI yang menarik. 

Selain dari Honor X9d, terdapat dua lagi peranti baharu yang Honor lancarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Honor X7d yang juga mempunyai tahap ketahanan lasak yang baik. Ia dijual pada harga RM799 dengan rebat RM100 dan juga Honor Pad X7 iaitu tablet asas yang dijual pada tanda harga RM499.

WhatsApp Image 2025 09 24 at 15.59.32
WhatsApp Image 2025 09 24 at 15.59.33
WhatsApp Image 2025 09 24 at 15.59.34 1

Honor X9d ini akan ditawarkan dalam empat pilihan warna yang berbeza iaitu Reddish Brown, Sunrise Gold, Forest Green dan Midnight Black. Anda boleh dapatkan Honor X9d ini pada harga RM1499 untuk varian 12GB/128GB manakala untuk varian 12GB/256 dijual pada tanda harga RM1699. Dalam tempoh pratempah dari 24 September hingga 9 Oktober, anda boleh dapatkan Honor X9d dengan beberapa faedah menarik serta Honor Pad X7 secara percuma yang bernilai RM1146 secara keseluruhannya.

WhatsApp Image 2025 09 24 at 16.00.39 1
WhatsApp Image 2025 09 24 at 16.00.37

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link