MediaTek Dimensity 7360 Dilancarkan – Cip Kelas Pertengahan Dengan Fokus Permua
Amy Maizuraa
MediaTek telah memperkenalkan cip Dimensity 7360 untuk telefon kelas pertengahan. Ia menawarkan lapan teras CPU berkonfigurasi 4 x Cortex-A78 (2.5GHz) dan 4 x Cortex-A55 dengan fokus utama pada prestasi perisian serta teknologi Adaptive Gaming 3.0. Teknologi ini dikatakan boleh bantu pengalaman permainan menjadi lebih lancar dan menjimatkan bateri.

Cip ini menyokong kamera sehingga 200MP dan rakaman video HDR masa nyata dengan julat dinamik yang lebih luas. Untuk paparan, ia dilengkapi teknologi MiraVision 955 yang menyokong resolusi WFHD+ dan warna 10-bit bagi pengalaman tontonan yang lebih jelas.
Dari segi sambungan, Dimensity 7360 menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 6E, Bluetooth LE Audio dan Lightning Connect untuk sambungan pantas. Ia juga dilengkapi NPU 655 untuk pemprosesan AI yang lebih cekap di samping memori sejenis LPDDR4x/LPDDR5 dan storan UFS 3.1.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






