Peranti OnePlus 15 Yang Bakal Dilancarkan Diperlihatkan
Aman
OnePlus kini dalam persiapan untuk memperkenalkan telefon mercu terbaru mereka, iaitu OnePlus 15. Ia dijangka membawa sejumlah perubahan, termasuk penggunaan teknologi kamera mereka tersendiri.
Terbaru, pada acara esukan yang berlangsung di China, pihak OnePlus turut memperlihatkan peranti berkenaan secara rasminya kepada umum buat pertama kali.

Melalui gambar peranti OnePlus 15 yang diperlihatkan, ia menunjukkan OnePlus tidak lagi menggunakan modul kamera berbentuk bulat seperti sebelum ini, dan menggunakan rekaan modul berbentuk segi empat yang menyertakan kamera dan lampu cahaya padanya.
OnePlus 15 dijangka akan dilancarkan untuk pasaran China dalam masa beberapa minggu akan datang, sebelum ia diperkenalkan untuk pasaran global. Bagi anda, apa kata anda berkenaan rekaan OnePlus 15 ini?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






